Wednesday, December 23, 2015

Grenoble, France

Visited Hadi and his family in Grenoble.

Thanks for the hospitality and friendship. 


Monday, November 23, 2015

Katil dan sarapan pagi di Copenhagen :)



Comfy stay


København, Capital Region of Denmark, Denmark
It is a cute living quarter, located near Copenhagen canal, walking distance to Copenhagen Central Station, and Tivoli. I can promise you a great Copenhagen view from here!
Vacation Apartment Rentals in København

Wednesday, October 21, 2015

Back to the Future

Saya kena tulis ini sebagai kenang, kenangan saya pernah membesar pada zaman kegilaan filem ini.

Tadi semasa tengah lecture, Ian tetiba keluarkkan slide dengan tarikh ni

"Mereka sepatutnya sudah samapi.."

Tergelak satu kelas.

Itulah lawak nerd dari Ian.


Friday, October 16, 2015

Sometime.... its good to be invisible.


Hye folks! First of all, I am not a right person to share this - no tauliah! I read Biology whole my life, and I don't have special training in computer science. You, and me; have something in common - love to travel and explore places, but cheapskate! LOL

We are not cheapskate. I think frugal is a concise word to describe us. If we can minimize budget on flying, I am sure we can spend a lot more to explore places. Right?

This post is specially dedicated to Miss Nik Suria Wan Abdullah :) I hope this guide would be helpful.




I am sure there are lot more way to do this. You can try this Nik :) I hope you can stay hidden and enjoy cheaper air fare cost.



Monday, September 14, 2015

How to take a screenshot on your Mac - Apple Support

  1. It is too obvious that ageing process is killing me. Nowadays, I am forgetful - check, and poor in hearing - check. 
  2. I need to save this trick here for my future reference. 
  3. Take a screenshot of part of your screen
    1. Press Command (⌘)-Shift-4. ...
    2. Move the crosshair pointer to where you want to start the screenshot.
    3. Drag to select an area. ...
    4. When you've selected the area you want, release your mouse or trackpad button. ...
    5. Find the screenshot as a .png file on your desktop.

A year as a learner.

I am speechless.



Alhamdulilah.

I wish, the good things will happen, soon.

MATRIX - Matrix Concepts Holdings Berhad


Tuesday, August 25, 2015

High school graduation in Copenhagen

Rahsia si ayah dan anak kecil.

Kembara menggunakan tren dari Copenhagen ke Strasbough amat memenatkan. Namun hati saya tercuit melihatkan telatah si ayah dan si kecil (yang pada perkiraan saya kurang dari dua tahun) ketika melewati Karlsruhe. Kiri dan kanan basikalnya tersisip dua beg yang besar. Di tempat duduk belakang tersedia kerusi duduk yang amat selesa untuk anak kecilnya. Tafsiran saya, mereka berdua telah menempuhi hari yang panjang dengan berbasikal.

Saya masih memerhati di sebalik kaca mata hitam saya. Anak dan ayah berbual dalam bahasa yang saya tidak faham walau sepatah. Bukan bahasa Jerman, dan bukan juga Perancis.

Tiba-tiba si kecil mula mencebik. Si ayah cuba menggomol perut si kecil, namun emosi menguasai si kecil. Nadanya kian tinggi, dan nyaring. Seluruh koc bergema. Ayahnya tidak mengalah. Dikeluarkan pisang, memancing minat si anak. Tidak berjaya, pisang dipenyek ke lantai.

Ayahnya masih tenang. Wajahnya langsung tidak gelisah. Kelihatan ayahnya berbisik-bisik pada si anak. Bagaikan magis, si anak kecil terdiam. Lebih ajaib, pisang tadi di makannya (ayahnya telah membuang bahagian yang rosak).

Si anak ketawa. Si ayah tersenyum. Saya kehairanan.

Sampai di Appenweier, kami berpisah. Memilih haluan sendiri. Saya bermati-matian memarahi diri kerana berat mulut bertanyakan rahsia si ayah.

Tulisan ini juga turut dinukilkan di https://www.facebook.com/syoknyakahwinbeb

Monday, July 27, 2015

Shafie Bustan: Sifu Rumah Lelong Berkongsi Rahsia

Dapatkan naskah majalah Prospek Hartanah Malaysia terbaru, di mana anda berpeluang mendapatkan ilmu tentang selok belok hartanah lelong di Malaysia secara terus dari Shafie Bustan.

Baca jangan tak baca :)






Wednesday, July 8, 2015

What is a CrossMark?


I noticed that most research papers that I read recently implemented CrossMark. So, what is a CrossMark?

CrossMark is a multi-publisher initiative to provide a standard way for readers to locate the current version of an article. Clicking on the CrossMark logo will indicate whether an article is current or updates have been published. 

What you should do if you found this logo?
You just click on it! especially on the papers that you have read.

Simple :)

Thursday, June 11, 2015

Capybaras rock in Copenhagen Zoo!

As the title highlighted, we spent our last weekend at the Copenhagen Zoo. It is not the best zoo in the world, but the best zoo that I have visited in my life - for three reasons.

1) It has capybaras,



2) Malaysian Tapir is very popular here in Demark. They even provide special place for visitor to pet the animals, or taking shower with the animal. Hahahaha. Did not mean to brag, but I was an intern at PERHILITAN when I met with Carl (standing, right) and Encik Sanusi (standing, left) when they work on the Tapir project.

So when I saw the picture (below), I was really excited, and proud of our Malaysian Tapir! Sorry over sikit...tapi bangga lah as in you can read a lots of info regarding Malaysia, the Tapir from the zoo.

Rindu Malaysia, tearss..s



3) This zoo is kids friendly.




The trip was pro bono, and I should thank Hisfazilah and Luqman for their kindness. Hehehehe.


Wednesday, June 10, 2015

Flash of Genius

I just had a weekly meeting with my boss in his office on an antibiotic project that I proposed. While we were heavily discussing about the project, the lights were automatically switched on.

"Suppa (read superb), the ideas are coming down!" he said.

Funny.

By the way, Flash of Genius is one of my favourite movie. It was about a struggle of a professor to take on an automobile company who stole his invention for intermittent windshield wiper. It is a good movie anyway. And my favourite scene of the movie is the Charles Dickens scene. Truly win! You may have a look on the video that I have posted, and I am interested to know what say you :)




Yesterday, very late in the evening, I also stumbled upon a story of Ujang cartoonist who struggled to fight for his artworks's copyrights. On my personal notes, I don't think that much people realise how important to get copyright, patent etc etc on something that we worked on, or simply invented. It might be as simple as a paper clip, but believe me, it is really important.

Think!

Sunday, May 31, 2015

Al Munthalaq, titik tolak.

Aku rasa, buku ini sangat power. Kuasa tarikan dari penulis yang gemar bersyair ini amat kuat. Bagaikan pukulan ombak yang menghempas pantai. Sekali hempas, basah. Akhirnya tembok tebal dan binaan ilusi tentang boringnya buku islami dapat dikikis ombak tadi.

Terima kasih Abg Naz kerana kenalkan buku ini.

Menjana pendapatan pasif melalui blog

Ini masih terlalu baru untuk diraikan, tetapi percayalah kerana ia benar.

Walaupun blogging bukanlah perkara yang trending pada masa kini, aku rasa ia masih relaven untuk menyampaikan perdapatan yang lebih panjang dari tampalan di Facebook. Aku telah mula berjinak-jinak meneroka perkara ini sejak bulan lalu, dan akhirnya permohonan untuk menyiarkan iklan dari AdSense diluluskan dalam tempoh yang tidak sampai seminggu!

Hari ini, telah membuahkan hasil.

Rezeki.

Walaupun sedikit, ini adalah permulaan.
Terima kasih.


Keuntungan menjadi freelance writer.

Post kali ini adalah topik kesinambungan dari topik yang lalu. Tapi kali ini aku nak kongsikan dari sudut kelebihan.

Apa yang aku pasti tentang seni bahasa adalah, kalau tak guna, akan mati. Kalau kerap membaca dan menulis, akan terus kaya vocabulary dan pengunaanya. Aku percaya atas apa yang aku percaya. Jadi keputusan aku untuk menulis secara freelance amat bersesuaian bagi menampung kekurangan kemahiran berbahasa aku yang kian menjunam - sama ada Bahasa Malaysia atau English.

Selain itu, aku kira bidang ini sebagai pintu ilmu. Aku ingat lagi ketika menulis tentang bual bicara dengan Rohaniah Noor, seorang tokoh hartanah wanita, yang juga turut menulis di PropertyWaltz, untuk majalah Prospek Hartanah Malaysia, kepala aku berasap-asap kerana menerima ilmuberkaitan pelaburan hartanah yang baru dari hasil kerja-kerja tersebut. Aku ingat lagi ketika menulis untuk sebuah zine punk di Kota Bharu dulu. Itu juga pengalaman menarik dalam hidup aku.

Apa pun, perkara yang paling manis menjadi freelancer ini adalah, dapat menjana pendapatan pasif setiap bulan. Lebih kaya RM800 ke RM1000 sudah cukup berbaloi untuk berbelanja bukan?

Bakat kurniaan Tuhan, kalau digunakan dijalan yang betul, akan menguntungkan kita juga akhirnya. Percayalah.

A day trip to a beautiful island of Møn.


Wednesday, May 27, 2015

Dia Isteri Luar Biasa

Terima kasih kerana korbankan kerjaya dan cita-cita, demi memberikan laluan untuk saya.
Hargailah setiap detik berharga sebagai suri hatiku, dan juga anak-anak. Saya tahu awak kekok pada mulanya, sekarang awak survived :)

Sayang kamu 200%


Monday, May 25, 2015

Bedah buku al Munthalaq - Bab 4: Kewajipan Berdakwah ke Jalan Allah

Sinopsis: Topik ini merungkai peranan melakukan dakwah ini jatuh kepada tangan siapa? Siapa yang layak untuk memikul tanggungjawab ini.

Selamat membaca.

Bedah buku al Munthalaq - Bab 3 : Orang Baik Yang di Binasakan.

Sinopsis: Azab Tuhan tidak mengenal bangsa, kaum atau tempat. Azab diturunkan sebagai balasan kepada manusia yang ingkar kepada suruhan. Perkara ini banyak dinaratifkan di dalam al Quran. Jadi, perkara ini melahirkan satu kesedarn buat manusia untuk memegang peranan untuk menegakkan kalimat Tuhan.

 

Cara buat duit lebih.

Sekarang, kalau tak jimat dan merancang kewangan dengan betul, aku rasa boleh bagi kesan jangka panjang, dan juga pendek pada kehidupan. Ada passive incomes mungkin insyaAllah boleh banyak membantu. Aku ada terfikir, dan juga buat juga beberapa perkara; dan aku nak kongsi.

1. Kalau kau pandai menulis, dan berbakat, kau boleh jadi penulis. Kalau tulis juga, tapi tak kelakar macam Amran Fans, atau tak reti tulis benda genius macam MatLuthfi90, kau cuba cari job dari majalah-majalah baru nak up. Majalah macam ni selalu nak pakai penulis-penulis instant yang bakat suam-suam kuku. 5 sen untuk satu patah perkataan lumayan kau tahu. Kerja yang kau yang paling cikai boleh dapat adalah transcribe audio temuramah. Lepas tu kau tulis artikel. Selalu paling busuk kau transcribe akan ada 2000 patah perkataan. Kau cuba contact kawan aku kat Majalah Prospek Hartanah, kata aku yang bagi line.

2. Kalau kau jenis pemalas, jenis nak tengok TV 24 jam, kau try ambik job jadi penterjemah sarikata. Kau akan diberi video dan kena translate ke Bahasa Melayu. Kebolehan berbahasa asing adalah satu advantage. Tapi paling untung kau lah satu satunya orang dalam Malaya yang dapat tengok cerita tu dulu sebelum keluar on air. Orang baca hasil kerja kau pulak tu. Kau boleh hubungi Dermaga Seni (M) Sdn. Bhd.

3. Agen insurance. No komen, tapi kau memang boleh buat duit dengan jadi agent. Sama ada kau rajin atau malas ja.

4. Kalau kau jenis ada payslip yang mantap, maksudnya bank jenis boleh percaya, aku cadang kau main hartanah. Kau beli rumah murah, dan kau sewa. Kalau nak cerdik sikit trick ni, kau kena lah spend masa sikit membaca, dan juga join roadshow. Memang bermanfaat. Rumah murah bawah 100k susah dah nak dapat, tapi dalam lingkungan 120k banyak lagi. Kau dapat sewa untung RM50 pun dah ok, sebab kau tak payah bayar apa-apa pun, penyewa yang tolong bayarkan.

5. Kalau kau jenis rajin berjalan, kau boleh kutip tin. Kalau kat Denmark ni, kutip tin boleh jana pendapatan lumayan. Satu tin boleh dapat 1krr. Kalau kau kumpul 100 tin, kau boleh dah lepas groceries untuk dua minggu. Tin kat Malaysia murah lagi lah kot.

6. Business online. Kau dapat resepi nenek kau yang super power, kau tayang kat media sosial. Lepas tu kau ambik tempahan. 

7. Kau belajar buat coding atau kau ada kemahiran yang power dalam data analyses, lepas tu kau boleh ambik upah student junior buat assignment. Benda ni macam tak ok sebenarnya, tapi kau kena ajar lah student tu. Tapi seriously benda ni boleh buat duit, sebab dulu kawan bilik aku budak Iraq dia buat macam ni. Perghh..masyuk.

8. Kalau kau jenis rajin dengan media sosial, kau cubalah masuk pertandingan online. Banyak sebenarnya pertandingan nak minta kau hantar gambar selfie dengan kambing, misalnya.

9. Sebenarnya banyak ja benda kau boleh buat. Macam budak Sweden tu review gaming, dan ada mamat kat US yang generate income dari Vine tu. Power tak power. Kau tengoklah budak macam Cameron Dallas ni; misalnya.

10. Apa pun, kena rajin dan kreatif aja. Kalau genius, jangan salah guna kegeniusan sudah.


Monday, May 11, 2015

Avengers: Age of Ultron.

Movie ni lebih overrated dari Fauzan Overrated. Aku bayar tiket 180krr menitis air mata sambil makan popcorn super size. Popcorn kat sini dah ler versi jaga kesihatan, tawar. Tak manis, tak masin. Tawar. Setawar hati Hulk kau tahu tak.

Ok, itulah review filem saya.


Friday, May 8, 2015

Bottle-less

Today marked the sevent-th day, where we successfully weaned the kids off from their bottles.

Seven days ago, I told them that we misplaced the bottles, somewhere, and I know, that was a technical lie. We had restless nights at the beginning - considering a simple karma for committing the lie.

Alhamdulillah...things are getting better now. No more screaming in the middle of our night. Alhamdulillah.

I just wanna go back home, and throw the bottles, - for REAL!

:)

evil laugh

Opss...I did it again.

The very moment I write here, I just figure out that Terminal can run Python commands; only by typing Python and enter it.

Walla~~

I started with Qiime, where I feel the need to learn Unix script, and it moved to Resfams, where I found the way to Python. Inevitably.

Thanks Molly for the bootcamp course on programming.
http://www.mollykgibson.com/bioinformatics/resources.html





Wednesday, May 6, 2015

A promise.

I have been meaning to learn computer language - since I was 10 years old.

My dad bought a computer set from a bankrupt company - as a junk, and all I can remember about it was WordStar. My dad used to spend some of his time in front of the computer to update our family journal. He wrote about me, my siblings and mother or something related to what we had for lunch and diner.

I also remember that I need to key in few code - where I believe it known as script in our modern day - in order to play some un-fancy game, which I have forgotten its name. I was always fascinated on how I can simply change the background color of the interface by changing the code numbers.

It was a secondhand computer, and did not last for many years. After 2 years, everything when wrong, and we discard the set.

After many years, when I was 15, my friend introduced a new version of computer that promote easiness for me as end user, Window. I was kind of happy, as every keyboard command can be skipped by a single click.

When I was 17, I have been introduced with internet. Since then, saya bagaikan telah terlupa tentang asas komputer.

Sekarang, masa buat PhD, semua benda nak kena "kena tulis" sendiri. Baru padan muka nak kena belajar balik satu-satu.

So here is my promise. I will devote myself to learn Unix language for the sake of my PhD, and will learn Python afterward - probably after I finished my study.

Promise?

Yerp :)


Why I (a biologist) want to program computers?


Wednesday, April 29, 2015

Slowly, but surely.

As a student, I am too old for this. The language is rather difficult, but I have to learn it slowly. Yes, slowly, but surely for the sake of MacQiime.


Kronologi proses untuk "hilangkan" botol dari hidup Azkiya dan Aufa.

Semalam. Kami benar-benar tekad, walau idea datang dengan spontan.

7:15 pm - Dayah panaskan lauk asam pedas makeral semalam untuk makan malam.

7:17 pm - Berselera betul Azkiya dan Aufa makan nasi, siap minta tambah kuah lebih - walau pedas. Mama tak habis-habis memuji Azkiya dan Aufa sebab dah besar, dan makan makanan pedas.

7:18 pm - Azkiya tercekit tulang. Salah saya sebab tak perati betul-betul ketika hidang . Azkiya dibawa ke tandas, dan mama mula teropong tulang yang tercekik. Mama tak sanggup nak masukkan jari ke kerongkong. Aufa cadangkan saya jadi Peso untuk rawat Azkiya. Saya masukkan tangan ke dalam mulut Azkiya. Azkiya muntah, dan tulang terkeluar. Saya kagum sebenarnya, dari mana Aufa jumpa vocab "tercekik tulang"?

7:30 pm - Azkiya sambung makan balik - bagaikan terlupa dia baru sahaja muntah tadi. Aufa habis makan sejak awal lagi.

7:45 pm - Aufa mandi. Azkiya continue main lukis-tulis-animals di white board. Azkiya dah boleh tulis/baca c-a-t, ti-ger dan ele-phant.

7:55 pm - Aku sorted out pictures di Picasa, dan berbalas email. Mama take over main draw-write-animals dengan the kids. Aufa joined the quorum after bath.

8:15 pm - Mama buka cerita yang Hakeem dah tak minum susu dalam botol. Mama tetiba cakap yang dia dah buang botol. Azkiya menangis time tu juga, chanted "Azkiya sayang botol". Aufa perplexed dan aku turut terkejut. Mama bagi isyarat mata, dan aku faham.

8:16 pm - Aku guna talian hayat terakhir, pujuk guna Youtube. Aku pasang Octonouts, dan Azkiya masih meraung. Aufa terbeli dengan pujukan, dan ikut aku masuk bilik. Mama membatu.

8:26 pm - Aku mengantuk gila. Azkiya masih menangis. Dia mula jatuhkan barang dari rak, sebab nak cari botol. Dia juga cuba panjat almari untuk ambik tabung. Reason dia sebab nak turun Netto beli botol. White board awal-awal lagi dia jatuhkan. Kami hanya lihat jer dia thrown tantrum. Membatu.

8:30 pm - Sebenarnya aku lebih teruja tengok reaction Azkiya. Mampu rupanya budak sekecil ini mengamuk? Sebab takut keadaan dia tak selamat, kami gilir-gilir solat Maghrib. On top of it, aku memang dah membara gila, tapi aku ingat masa jumpa Lisbeth (guru besar Azkiya), dia kata biarkan the kids tunjuk tantrum, nanti dia akan reda. Sabar jer, sambil perati.

8:45 pm - Azkiya mula penat menangis. Masa ni dia mula dah tukar script, "Tak nak papa, tak nak papa". Mungkin sebab aku buat tak layan dia. Bila nampak Azkiya berlembut, mama mula peluk Azkiya. Dan pujuk masuk tidur. Berjaya. Layan Octonouts 10 minits, aku tutup suis internet, dan mula nak tidur. Mata dah mengantuk gila masa ni.

8:50 pm - Azkiya mula tak senang duduk. Dia pergi ke tandas kata nak buang air besar, tapi tak pun.

9:05 pm - Azkiya cakap nak papa tepuk. Dalam hati aku dah senyum sendiri. Aku tahu, nak tidur mesti cari aku punya. Tetiba Aufa merengek, tapi tak berani nak minta botol. Sebab masa Akiya nangis tadi dia brag yang dia dah besar, dah boleh hidup tanpa botol.

9:15 pm - Aufa tetiba nak makan grape, dan ajak mama keluar bilik. Azkiya bisik ke telinga, "Tapi cikgu Azkiya bagi guna botol". Aku cakap, "It must be amistake". Lepas tu Azkiya giggled. Azkiya join Aufa makan grape dan main wooden blocks. Aku dah mengantuuk sangat masa tu. Aku layankan juga. Masa tu aku ceramah sikit dekat Azkiya, dan suruh tengok all the mess yang dia buat. Dia janji tak nak buat lagi dan akan tolong mama kemas.

9:55 pm - Aku masuk bilik dan the kids ikut. Azkiya pergi tandas. Lepas tu Aufa ikut ke tandas. Aufa tertidur dulu, lepas tu Azkiya terkebil-kebil.

10:05 pm - Aku suruh Azkiya tasmiq surah pendek. Azkiya berjaya hafal separuh surah, sampai tertidur.

10:37 pm - Aku mula tulis post FB ni. Alhamdulillah, sebenarnya memang penat, dan mengantuk, tapi tahan sabar gila. Sebab kalau tak mula sekaang, tak tahu lah bila lagi nak buat. Terima kasih mama :)

11:00 pm - Aku jadi tak boleh tidur, sebab berbalas email dan juga baca material and prepare for lab demo keesokkan harinya.

1:12 am - Aufa terjaga tengah malam, dan menangis. Mama pujuk Aufa. Tapi sebenarnya memang dia nangis lagi dahsyat dari Azkiya. Aufa diam, tapi tak nak tidur. Mama yang layan Aufa.

Almost pukul 2 pagi, dia mula penat, dan tidur.

7:30 am - Dua-dua bangun nak ke sekolah macam tak ada apa-apa yang berlaku.

8:30 am - Masa berbasikal ke sekolah. Azkiya berbisik, "Papa, I don't like bottle anywhere". Aku jawab, "I don't like bottle anymore lah..tapi kenapa?". Dia gelak, dan balas, "I want to be a grown-up". "Like me?". "Yeah.."

Azkiya, you don't have to be one, you will be someday.




Tuesday, April 28, 2015

Pelajaran dari FB

Aku perasan FB ni bukan tempat selamat lagi aku nak clowning around.

Tak syiok, sebab apa aku tulis nampak mechanism action-reaction. Mungkin aku tak cukup tabah, atau kental.

Aku tulis bab Tulip bukan asal dari Keukenhof pun ada orang nak terasa, apehal?

Dua pelajaran dari FB; 1) kalau aku ada random thoughts, just keep it to myself - kalau takut kena Alzhimer's, put it here, 2) kalau ada benda penting nak cakap dekat significant other, buat notes dan tunggu dia bangun tidur dulu.

Ok bye bye


Saturday, April 25, 2015

Negara Happy

Lepas dua tahun berturut-turut dapat status negara paling happy dan rakyat bergembira dengan kualiti of life di negara ini, Denamrk jatuh ke tangga ketiga pada tahun ni. No satu dapat dekat Swiss, dan kedua Iceland.

No tiga still not bad la. Aku tau kenapa negara ni rakyat dia happy, tapi aku tak nak sembang pun tentang tu. Korang boleh google dan baca elsewhere.

Tapi aku nak cakap pengalaman aku duduk 3 hari di Swiss dan aku boleh cakap kenapa rakyat dia happy dengan amik contoh Makcik Manny yang kami tumpang tidur di sana.

Makcik Manny tinggal dengan suami, dan sekali sekala anak dia datang. Sebab dia boring sangat duduk di Pergunungan Alps, dia buat rumah dia chelet, dan kerap menerima tetamu. Makcik dan Pakcik Manny adalah petani tegar. Dia ada 20 ekor lembu, dan juga giat bercucuk tanam. Kalau tengok barn dia, kandang kat Malaya lagi power. Tapi kalau tengok lagi sekali dalam dalam, kau boleh tahu kenapa petani kat Swiss lagi happy dari petani kat Kedah yang tanam padi.

Barn pakcik ni buruk ja, tapi ada mesin untuk ferment tahi dan jerami sendir untuk produce gas asli. Gas asli ni guna untuk heat rumah. Air sah sah lah guna air gunung. Cheese sah sah buat sendiri. Daging sah sah salai sekor lembu sendiri dan makan setahun. Walau atas gunung, internet laju gila.
Dan rumah ada panel solat sendiri untuk jana elektrik.

Orang macam ni, kalau cakap bab GST mesti tak der hal, sebab self sustain.

Patutlah boleh duduk jauh atas bukit.

Petani di Malaya pun boleh maju, kalau petani ada kuasa untuk control harga padi. Tapi.....bernas tak berapa nak bernas. Dan padi pun kita masih import.

Felda apa cerita? Malas nak cakap.

Ahmad MAslan

Aku malas nak kutuk menteri kat Malaysia. Tapi aku kutuk dalam hati ja. Bila baca feeds kat FB, aku scroll laju laju.

Selamat dulu aku pernah score 4 flat sekali, dan cuba bayangkan kalau aku pernah score 3.85 pointer cgpa?

Kahkahkah.

Aku kena tulis ni, sebab benda ni memang kelakar. Ok lah, tak kelakar. Tapi kelakar jugak.

Jadual tidur.

Jadual tidur aku memang jahanam habis bila masuk spring. Nanti masuk summer aku tak tahulah macam mana.

Pukul 6 petang aku dah menguap. Pukul 8 malam aku dah mengantuk gila. Baru nak solat Maghrib. Pukul 10 malam masuk Isya'.

Mujahadah gila nak solat kat sini. Nanti summer Maghrib pukul 10 malam lebih. Isya' pukul 12 tengah malam. Subuh pukul 2 pagi.

Bersyukurlah orang Malaya, duduk atas garisan Khatulistiwa.

Semuanya seimbang.

50 orang mati.

Masa makan malam gaya hygge dengan scientific komiti dan all the PIs, aku berpeluang duduk dengan sorang prof dari Bispebjerg Hospital ni.

Rupanya, nak kenal dengan Danes, bila diorang makan.

Baik dan ramah gila. Sebab, selama ni bila borak masa kerja, memang kutub perbincangan bab kerja. Bila makan, segala rahsia rumah tangga keluar. Itulah Danes..

Apa pun, satu cerita yang menarik adalah bila doktor ni share yang satu tahun, ada 50 orang ja yang mati di Denamrk. Purata 40 kes adalah sebab domestic crimes sebab bergaduh suami isteri anak pinak, dan juga mati sebab tua. Dan 10 kes lagi sebab gang fightings.

Menarik bukan?


#RIPDerek and then, #RIPGrey'sAnatomy

Sebab aku free sangat, dan rasa release sangat hujung minggu ni - well, aku plan nak cycle area Roskilde Fjord, tapi weekend punya weather forecast cakap hujan - jadi aku plan untuk maraton minggu lepas punya series.

Aku dah follow Grey's ni dah 11 tahun rupanya. Dan makin lama, aku rasa drama Grey dah makin sarat dengan content. Drama ada substance lah bagi aku.

Well, Yang dah cabut buat research 3D printer kat Swiss. Sekarang Derek pula dah mati. Ni bukan #RIPDerek, tapi aku rasa #RIPGreyAnatomy.

Aku suka dua benda:

Bila Grey setuju untuk cabut life support untuk Derek bila dia brain dead, aku cuit bini aku di sebelah. Aku tanya, "would you do the same?". Bini aku kata, "Yerp, technically you are vegetable". Slumber. Aku diam sejenak. Kemudian aku tambah, "by all means, abang izinkan doktor harvest organ abang".

Satu lagi, bila Grey sound doktor muda yang hesitance bila senior dia tak setuju dengan management dia. Grey tabah gila, dan tak salahkan doktor muda tu pun.Dan dia tak salahkan neuro yang lambat 20 minits sebab makan diner. Qoute Grey untuk doktor muda tu best gila, tapi aku tak ingat. Nanti aku jumpa aku letak sini. Tapi memang best lah.

Kalau ni season terakhir Grey's Anatomy, aku pasrah ja. Sebelas tahun aku follow. Sebelas tahun.

Teman Lelaki Upahan

Aku baru habis maraton drama bersiri Teman Lelaki Upahan. Mula-mula fikir tajuk dia memang barai. Tapi sebab aku rasa macam free sangat lepas meeting dengan  scientific advisory board, aku give a try.

Cerita ni pelakon dia yang aku kenal Dian P Ramlee ja, yang lain-lain tu semua pelakon baru, atau pelakon yang langsung aku tak kenai. Tapi apa yang best dengan drama ni dynamic jalan cerita dia, dan pelakon dia semua pandai belakon. Aku tabik spring.

Bagi aku, drama Melayu masih ada harapan, cuma sebab naik ikut mainstream, kena guna nama atau tajuk yang mainstream.

Kodi, tak kodi.

Monday, April 20, 2015

Charlottenlund: forest and beach.


Magenta

Last sekali aku berhubungan dengan Magenta-made adalah dekat 10 tahun yang lalu. Masa tu dia tunjuk lagi dia punya email. So aku ada berutus email dengan dia. Aku tanya kenapa dia tak update blog. Dia kata dia busy exam.

Aku syak dia dulu budak engineering kat UK. Tapi aku tak tahu dia lelaki atau perempuan.

Serius aku tak tahu. Macam Neemo, dan Cikgu Feed tu memang aku kenal. Sebab memang diorang dalam circle aku.

Magenta tu sangat misteri. Aku rasa Magenta-made memang wujud dalam bentu tulisan. Kalau dia wujud pun, aku syak dia hanyalah sebuah buku.

Ya, Magenta-made adalah sebuah buku. Buku kehidupan.

Youtube

The youtube saga is officially ended.
Segalanya bermula apabila kami decided untuk travel tanpa internet pada cuti easter yang lalu, dan kurangkan bahan media untuk anak-anak. Sekarang pun, apabila diminta untuk berhenti menonton youtube, the kids akan voluntarily stop.

Saya rasa, rahsia utama adalah perhatian. Dulu kami trade tab, untuk alih perhatian pada anak-anak. Aku lah tu, memanjang check email dan FB. Haish.

Kembalikan perhatian pada anak-anak, lihat mata mereka ketika bercakap, dan puji sikit, atau respond ketika bercakap.

Alhamdulillah. Aku menang.

Bercakap tentang trip, masa roadtrip tersebut, aku cuba tak payah fikir tentang lab, dan email. Mula mendengar dan bercakap dengan Azkiya dan Aufa. Aku perasan diorang lain sangat. Mula tunjuk minat bila aku cerita tentang pemandangan etc etc.

Aku juga dengar Azkiya dan Aufa dah mula cakap Danish, dan nyanyi lagu Danish. Aku cuba research sikit-sikit mengira dalam Danish, lepas tu aku petik randomly satu nombor dalam Danish, dan magik, diaorang faham. Bingo.

Aku dah dapat ilham baru juga. Buat video mereka dan tunjuk. Suka diorang.

Aku tulis random gila ni.

Sunday, March 15, 2015

Spoil?

Aku rasa cara aku besarkan anak-anak aku dah totally tak sama macam bapak aku ajar aku. Dan aku (amat) risau. Risau ni bukan risau yang semacam aku risau diorang tak eksited (langsung) tengok Doremon macam aku layan Stand by me Doremon baru-baru ni. Risau ni lebih kepada aku tak tahu output macam mana diorang pada masa depan kalau aku didik diorang macam sekarang.

Baru sekejap tadi masa aku layan entry-entry Magenta, Azkiya mengigau cakap orang puteh. Nampak sangat dia mengigau ikut watak cartoon dalam Youtube. Aku akui memang lama juga aku bagi diorang layan Youtube lately, sebab aku rasa diorang perlu belajar bahasa.

Baru-baru ni, cikgu tadika diorang panggil kami ke sekolah sebab dia kata Azkiya tak boleh cakap Danish. Dia kata dia risau kalau tak boleh cakap Danish nanti susah nak start sekolah standard 0 tahun depan. Cikgu bagi option untuk tukar Azkiya ke sekolah international school yang ada medium English, supaya senang diorang converse dengan student lain dan follow silibus.

Cadangan yang baik, tapi aku tak suka sebab sekolah tu jauh sikit dari rumah, dan aku suka silibus sekolah sekarang yang bagi total freedom untuk student belajar dari alam. Memang sekarang diorang pergi tadika untuk main pasir, belajar panjat pokok, panjat bukit, jalan dalam hutan, dan buat craft. Hari tu, bila aku bawa diorang pergi park, terkejut juga aku tengok deorang panjat bukit. Aku yang tengok naik seram, tapi diorang slumber jer. Siap tolong menolong. Aku suspect diorang pick up the skills from kinder. Paling aku suka tentang sekolah sekarang adalah makanan dia tak payah bawa, dan makcik kantin yang prepared. Kami pernah tried, memang best. Makanan memang cikgu publish menu harian kat website, dan juga semua halal.

Aku ada bincang benda ni dengan seorang kawan juga yang dah lama duduk di France. Dia pun ada dilemma yang sama. Walaupun diorang duduk France lama, dan fasih cakap French, tapi anak diorang tak reti cakap French. Cikgu diorang siap panggil diorang ke sekolah sebab masalah yang sama. Sebab apa jadi macam tu? Yes, YOUTUBE!

Mula mula aku fikir aku nak biarkan jer diorang layan Youtube, dalam masa yang sama aku monitor apa yang diorang tengok dan develop bonding dengan diorang i.e. catching up dengan watak feveret diorang etc etc. Tapi nampaknya dah macam tak terkawal pulak lately. Sebab initial plan aku nak diorang develop langguage, kemudian aku nak ajar membaca bila umur 5 tahun. Nampaknya macam susah jer proses transition ni.

Budak belajar dari apa yang diorang tengok. Aku geram jugak dengan diri aku. Aku kat rumah memang cuba create culture membaca, tapi aku baca kat screen. Aku baca journal kat screen. Itu masalah utama.

Arwah abah aku dulu siap buat mini library dalam rumah untuk create culture membaca.

Aku stress.


Pi day


Hari Sabtu, masa bini aku tengah packing nak keluar mengayuh basikal, aku peluk anak-anak dan bini sampai diorang pelik.

Itulah pengalaman saya mengelak dari dituduh skema. But I just can't resist tho.

Monday, January 12, 2015

Buat anak vs. Bina anak

Certainly, I am not a good dad. Or simply not the best daddy in the world for Kiya and Aufa.


f
r
u
s
t
r
a
t
e
d

w
i
t
h

m
y

p
a
r
e
n
t
i
n
g

skills :(