Tuesday, March 29, 2016

Berbasikal di bandar Copenhagen.

Rumah saya sekarang di Islands Brygge. Hari-hari saya guna laluan basikal dalam vidiyo ini. Sebab saya kena cross canal untuk ke makmal. 

Sejak menetap di Kopenhagen, dan menikmati kehidupan berbasikal, saya rasa lebih sihat secara fizikal dan mental. Fizikal kerana saya rasa saya telah turun berat badan. Mental kerana saya tak perlu susah hati kalau harga minyak naik. Saya bakar lemak untuk bersiar siar sekitar bandar. Jaringan basikal di bandar ini sangat mantap. Nanti saya ceritakan tentang cargo bike!


Saturday, March 5, 2016

Unattended money at ATM machine.

It happened yesterday. 

I was little preoccupied with something, until I have forgotten my money. Sigh.

If you left your money unattended for 30 seconds, the ATM machine will retract the money. What to do next? Just contact your bank :)


Thursday, March 3, 2016

Rahsia Bisikan Si Ayah, catatan Strasbough.



Kembara menggunakan tren dari Copenhagen ke Strasbough amat memenatkan. Namun hati saya tercuit melihatkan telatah si ayah dan si kecil (yang pada perkiraan saya kurang dari dua tahun) ketika melewati Karlsruhe. Kiri dan kanan basikalnya tersisip dua beg yang besar. Di tempat duduk belakang tersedia kerusi duduk yang amat selesa untuk anak kecilnya. Tafsiran saya, mereka berdua telah menempuhi hari yang panjang dengan berbasikal.

Saya masih memerhati di sebalik kaca mata hitam saya. Anak dan ayah berbual dalam bahasa yang saya tidak faham walau sepatah. Bukan bahasa Jerman, dan bukan juga Perancis.
Tiba-tiba si kecil mula mencebik. Si ayah cuba menggomol perut si kecil, namun emosi menguasai si kecil. Nadanya kian tinggi, dan nyaring. Seluruh koc bergema. Ayahnya tidak mengalah. Dikeluarkan pisang, memancing minat si anak. Tidak berjaya, pisang dipenyek ke lantai.

Ayahnya masih tenang. Wajahnya langsung tidak gelisah. Kelihatan ayahnya berbisik-bisik pada si anak. Bagaikan magis, si anak kecil terdiam. Lebih ajaib, pisang tadi di makannya (ayahnya telah membuang bahagian yang rosak).

Si anak ketawa. Si ayah tersenyum. Saya kehairanan.
Sampai di Appenweier, kami berpisah. Memilih haluan sendiri. Saya bermati-matian memarahi diri kerana berat mulut bertanyakan rahsia si ayah.

Catatan 20 Ogos 2015.

Tuesday, March 1, 2016

Kerja gila last Easter break (2015) di rumah Makcik Meny, Interlaken, Swiss




Ini roadtrip aku paling mahal yang pernah aku buat, tapi selamat semua cost kami cut untuk dua family. Trip bermuala Copenhagen (fly to) Milan, (drive to) Interlaken, Venice, Pisa, Florence dan akhir sekali Rome sebelum (fly back) to Copenhagen.

Mahal sebab tak pandai budget lagi - dan tak tahu tentang CS dan AirBnB. Sekarang dah tahu trick bolehlah berjimat :)

Apa pun, benda yang menarik, kami dah boleh jawab satu persoalan, macam mana orang kat atas bukit di Swiss hidup, walau pun sekeliling snowcap mountain. Trip jalan ke Swiss memang mahal! Tapi harga untuk pengalaman tak terbayar. Pemandangan cantik amat. Tasiknya cantik sekali. 

Hilang stress.

Masa ni lah aku try nak berjoging dengan kain pelikat, yayayayaya. 

Dan, uniknya, besoknya bila kami bangun pagi, tempat ni semua penuh ditutupi salji. Tebal sampai tenggelam lutut. 

Rumah ni, walau atas gunung, internet dia laju macam pelesit. Tandas dia special, sambil berendam dalam bathtub, buka tingkap boleh nampak pemandangan yang manikam kalbu. Kat sini boleh belajar macam mana negara maju berfungsi. Diorang ada fermenter sendiri untuk ferment rumput dan kumpul gas asli. Gas ini guna sebagai bahan bakar untuk generate heater rumah. Tenusu menjadi makanan utama. Saya sempat melawat kandang lembu, susu susu diperah dari ladang, dan diguna untuk minum dan dijual pada local cheese producer. 

Baka lembu pula dijual. Dalam rumah makcik Meny ni, ada banyak pingat dia menang award baka lembu terbaik.

Kira diorang run rumah ni sustainable lah, green technology. Begitulah negara maju, guna ilmu untuk perbaiki taraf hidup, dan masih mengekalkan tradisi. Ini kita boleh belajar.