Post kali ini adalah topik kesinambungan dari topik yang lalu. Tapi kali ini aku nak kongsikan dari sudut kelebihan.
Apa yang aku pasti tentang seni bahasa adalah, kalau tak guna, akan mati. Kalau kerap membaca dan menulis, akan terus kaya vocabulary dan pengunaanya. Aku percaya atas apa yang aku percaya. Jadi keputusan aku untuk menulis secara freelance amat bersesuaian bagi menampung kekurangan kemahiran berbahasa aku yang kian menjunam - sama ada Bahasa Malaysia atau English.
Selain itu, aku kira bidang ini sebagai pintu ilmu. Aku ingat lagi ketika menulis tentang bual bicara dengan Rohaniah Noor, seorang tokoh hartanah wanita, yang juga turut menulis di PropertyWaltz, untuk majalah Prospek Hartanah Malaysia, kepala aku berasap-asap kerana menerima ilmuberkaitan pelaburan hartanah yang baru dari hasil kerja-kerja tersebut. Aku ingat lagi ketika menulis untuk sebuah zine punk di Kota Bharu dulu. Itu juga pengalaman menarik dalam hidup aku.
Apa pun, perkara yang paling manis menjadi freelancer ini adalah, dapat menjana pendapatan pasif setiap bulan. Lebih kaya RM800 ke RM1000 sudah cukup berbaloi untuk berbelanja bukan?
Bakat kurniaan Tuhan, kalau digunakan dijalan yang betul, akan menguntungkan kita juga akhirnya. Percayalah.
No comments:
Post a Comment