Saturday, April 25, 2015

Negara Happy

Lepas dua tahun berturut-turut dapat status negara paling happy dan rakyat bergembira dengan kualiti of life di negara ini, Denamrk jatuh ke tangga ketiga pada tahun ni. No satu dapat dekat Swiss, dan kedua Iceland.

No tiga still not bad la. Aku tau kenapa negara ni rakyat dia happy, tapi aku tak nak sembang pun tentang tu. Korang boleh google dan baca elsewhere.

Tapi aku nak cakap pengalaman aku duduk 3 hari di Swiss dan aku boleh cakap kenapa rakyat dia happy dengan amik contoh Makcik Manny yang kami tumpang tidur di sana.

Makcik Manny tinggal dengan suami, dan sekali sekala anak dia datang. Sebab dia boring sangat duduk di Pergunungan Alps, dia buat rumah dia chelet, dan kerap menerima tetamu. Makcik dan Pakcik Manny adalah petani tegar. Dia ada 20 ekor lembu, dan juga giat bercucuk tanam. Kalau tengok barn dia, kandang kat Malaya lagi power. Tapi kalau tengok lagi sekali dalam dalam, kau boleh tahu kenapa petani kat Swiss lagi happy dari petani kat Kedah yang tanam padi.

Barn pakcik ni buruk ja, tapi ada mesin untuk ferment tahi dan jerami sendir untuk produce gas asli. Gas asli ni guna untuk heat rumah. Air sah sah lah guna air gunung. Cheese sah sah buat sendiri. Daging sah sah salai sekor lembu sendiri dan makan setahun. Walau atas gunung, internet laju gila.
Dan rumah ada panel solat sendiri untuk jana elektrik.

Orang macam ni, kalau cakap bab GST mesti tak der hal, sebab self sustain.

Patutlah boleh duduk jauh atas bukit.

Petani di Malaya pun boleh maju, kalau petani ada kuasa untuk control harga padi. Tapi.....bernas tak berapa nak bernas. Dan padi pun kita masih import.

Felda apa cerita? Malas nak cakap.

No comments:

Post a Comment