I have been writing across various platforms under different pseudonyms: Tuan Caracol, Jangan Bersedih, Penulis Yang Tidak Dikenali, and most recently, Capybara Rocks in Copenhagen. In reality, each of these represents phases of my life journey. Now, at the age of 40, it's a particularly significant period, as even referenced in the Quran. So now, I want to take a moment to relax and enjoy the world. After all, they say life begins at 40, right?
Monday, July 11, 2016
Tetamu dari Oulu: Outi dan anak anak.
Hosted Outi dan juga anak-anaknya dari Oulu, Finland untuk Couchsurfing. Mereka sebenarnya sedang bercuti musim panas, dan baru pulang dari berkhemah di Legoland Billund. Outi adalah seorang pastor di Gereja Lutheran. Petang tadi sempatlah kami bertukar pendapat tentang agama masing-masing sambil bawa diorang naik sampan dan terjun canal. Banyak yang ditanya tentang puasa dan kisah umat masa kini. Lewat petangnya, kami sama sama tebar roti canai dan berbuka. Outi dan anak anaknya juga menyukai kicap kipas udang. Itulah kisah Outi dan kami sekeluarga.
Tuesday, July 5, 2016
Pengalaman hosting tetamu istimewa, Afifi.
Anti social as they called it, but wait, I was communicating with my guest. As a host for Couchsurfing I always open my door to myriads of guests from nooks and crannies of the world. This time I am hosting a special guest, Afifi. He is a Malaysian who studies Industrial Design at Rochester Institute of Technology in the USA. He is mute, but his life story surely will inspire others. The kids, Azkiya and Aufa saw me fingerspelling with him for the first time in excitement. Full of wonder. I learned fingerspell from my elder sister who also mute. It was really hard to keep on fingerspelling until we ended up communicating via Whatsapp Web. 1000 guests for 1000000 experiences.
Check out his portfolio here: http://metaproject.rit.edu/Project/Student?student=163
SALAM PERANTAU DARI COPENHAGEN
Berkali kali di paksa family di kampung untuk hantar. Akhirnya aku akur. Hantar lah juga untuk kenang, kenangan setelah tahun kedua di perantauan. Rezeki, dapat masuk fullpage untuk Salam Perantau Kosmo. Terima kasih puan wartawan :)
Cerita penuh seperti berikut;
Cerita penuh seperti berikut;
Terima kasih. Ini cerita kami di bumi Viking ini.Ramadan kali ini merupakan Ramadan kedua kami di bumi Copenhagen ini. Dan insyaAllah bakal menyambut Hari Raya secara sederhana bersama kawan-kawan perantau Malaysia lain lagi pada tahun ini. Kebetulan Ramadan pada tahun ini jatuh pada musim panas, maka tempoh siang yang panjang menyebabkan umat Islam di sini berpuasa hampir 20 jam pada setiap hari. Bayangkan kami hanya ada kurang 4 jam untuk untuk berbuka, solat maghrib, isyak dan juga berterawih. Dan semua aktiviti tersebut dilakukan ketika kami dalam keadaan yang menahan mengantuk - 10 malam hingga 2 pagi. Bersahur pula, walau pun masih kenyang ketika berbuka, kami tetap menjamah demi keberkatannya.Menariknya tentang berpuasa ketika musim panas di sini, siang yang panjang membuka ruang untuk kami menumpukan ibadah bertadarus yang agak lama. Maka group-group tadarus lelaki dan perempuan ditubuhkan secara online melalui medium Skype. Melalui aktiviti ini, kami mengambil peluang untuk memperbetulkan bacaan, dan menghayati al Quran bersempena bulan penurunan kitab suci kita. Alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan, kami semua dapat membiasakan diri dengan keadaan ini walaupun disibukkan dengan perjalanan hidup seharian. Tambahan pula cuaca Copenhagen yang tidak menentu - kerap hujan dan mendung ketika musim panas, ini banyak mengurangkan bahang panas.Di sini tiada bazar Ramadhan. Apatah lagi nak borong kueh raya dari kedai-kedai online. Jadi pilihan yang ada hanyalah buat sendiri dengan rujukan Youtube dan blog-blog masakan. Ini rahsia, isteri saya pun belajar memasak di sini :) Hampir kesemua juadah berbuka di sini boleh dibuat secara generik mengunakan bahan mentah yang didapati dari gerai-gerai Asia. Saya sebut generik kerana ada bahan yang digantikan dengan bahan lain.Untuk persiapan Hari Raya nanti, warga Copenhagen telah menubuhkan satu kumpulan gerak-kerja untuk bersama-sama bergotong royong menyediakan juadah. Ya, walaupun jauh dari tanah air, kami memang serius dalam merayakan hari yang mulia ini. hehehhehe. Keluarga Pali dan Faezah bakal meyediakan ruang rumah untuk sambutan Aidilfitri pada tahun ini, kerana halaman rumah dia luas. Keluarga Arif dan Zana akan menyediakan lontong. Keluarga Kamarul dan Sazuan akan menyediakan sambal daging Negeri Sembilan. Keluarga Shahrul dan Hanisah bakal menganyam ketupat kelapa yang diimport dari Malaysia. Keluarga kami pula akan mengambil tender membuat lemang microwave pada tahun ini. Harapnya menjadi :) Keluarga-keluarga lain akan turut sama menyumbangkan juadah dan kueh raya mengikut tradisi negeri masing-masing seperti Terengganu, Sabah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah.Pengalaman paling manis pada tahun lalu adalah apabila kami sama-sama berbasikal ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Masing-masing mengenakan baju raya yang berwarna-warni. Tema berbasikal di ambil kerana bandar Copenhagen terkenal dengan budaya berbasikal. Memang menarik kerana Danish memandang kami dengan penuh keterujaan atau kepelikan.Walaupun seronok menyambut hari raya di sini, suasananya tidak semeriah sambutan di kampung. Ayah ibu dan keluarga di kampung tetap dirindui. Jadi dengan itu, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut Aidilfitri buat yang mengenali. Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan untuk kita mengislahkan hubungan sesama kita dan keriangan Syawal menjadi titik tolak untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama kita. Maaflah sekiranya terdapat salah dan silap. Kami tujukan salam ini buat keluarga di Yan, Kedah dan Jelapang, Perak serta guru-guru di SMKAY, JENAN. Tidak dilupakan keluarga serta sahabat dari group Whatsapp AnakCucu Tok Mah, Anak Menantu Roslawati, exSMKAY01, Biotech-to-be, UsrahUIA, BiFAST, dan Kita-sama2-tanya. Tidak dilupakan, pihak penaja Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang. Ikhlas dari kami; Fauzan Ahmad, Hidayah Arifin, Azkiya, Aufa dan baby in uterine, University of Copenhagen, Denmark.SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT AIDILFITRI
Sunday, July 3, 2016
beruntung menjadi orang yang asing
Denmark merupakan sebuah negara yang mendokong idealisma social liberalism, di mana hak kesamarataan menjadi tunjang dalam membentul sistem politik di negara ini. Rakyatnya bebas bersuara, free trading, mengamalkan agama dan kepercayaan dan lain lain lagi.
Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat umat Islam di bumi Scandinavia ini dimana telah diadakan majlis berbuka puasa secara besar besaran di tengah kotaraya Copenhagen. Terbenamnya matahari bergema azan Maghrib di kota ini, dan berderu umat Islam bersolat di hadapan City Hall.
Perasaan saya bercampur campur apabila berpeluang menyertai acara ini. Jika dulu sebelum datang ke negara ini, hati berbelah bahagi dengan berita dari Whatsapp yang kononnya Islam dihina di negara ini. Realitinya, setiap orang bebas mengamalkan agama masing masing. Ruang freedom of speech digunakan intuk menyalurkan kefahaman ideology tanpa pergeseran.
Majlis berbuka puasa ini dibuat secara public dan makanan diedarkan secara percuma. Dana dikumpul melalui sumbangan orang ramai. Menriknya prog ini disertai juga oleh non Muslim, dan kuanter penerangan Islam juga dibuka. Saya lihat ada CD dan risalah tentang agama Islam juga turut diedarkan.
Misalnya seorang pemuda Danish yang duduk makan bersama kami rasa tertarik untuk menyertai setelah disapa mesra oleh pihak organizer.
Jika di satu sudut dunia lain Islam dilihat sebagai terorist, dan mengancam keselamatan dunia. Pada hari yang bersejarah ini, masyarakat disantuni dan berkumpul tanpa mengira kelainan agama, status sosial dsbg.
Memetik satu hadith dari Imam Muslim; “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”.
Tuesday, June 21, 2016
Tuesday, March 29, 2016
Berbasikal di bandar Copenhagen.
Rumah saya sekarang di Islands Brygge. Hari-hari saya guna laluan basikal dalam vidiyo ini. Sebab saya kena cross canal untuk ke makmal.
Sejak menetap di Kopenhagen, dan menikmati kehidupan berbasikal, saya rasa lebih sihat secara fizikal dan mental. Fizikal kerana saya rasa saya telah turun berat badan. Mental kerana saya tak perlu susah hati kalau harga minyak naik. Saya bakar lemak untuk bersiar siar sekitar bandar. Jaringan basikal di bandar ini sangat mantap. Nanti saya ceritakan tentang cargo bike!
Saturday, March 5, 2016
Unattended money at ATM machine.
It happened yesterday.
I was little preoccupied with something, until I have forgotten my money. Sigh.
If you left your money unattended for 30 seconds, the ATM machine will retract the money. What to do next? Just contact your bank :)
Thursday, March 3, 2016
Rahsia Bisikan Si Ayah, catatan Strasbough.
Kembara menggunakan tren dari Copenhagen ke Strasbough amat memenatkan. Namun hati saya tercuit melihatkan telatah si ayah dan si kecil (yang pada perkiraan saya kurang dari dua tahun) ketika melewati Karlsruhe. Kiri dan kanan basikalnya tersisip dua beg yang besar. Di tempat duduk belakang tersedia kerusi duduk yang amat selesa untuk anak kecilnya. Tafsiran saya, mereka berdua telah menempuhi hari yang panjang dengan berbasikal.
Saya masih memerhati di sebalik kaca mata hitam saya. Anak dan ayah berbual dalam bahasa yang saya tidak faham walau sepatah. Bukan bahasa Jerman, dan bukan juga Perancis.
Tiba-tiba si kecil mula mencebik. Si ayah cuba menggomol perut si kecil, namun emosi menguasai si kecil. Nadanya kian tinggi, dan nyaring. Seluruh koc bergema. Ayahnya tidak mengalah. Dikeluarkan pisang, memancing minat si anak. Tidak berjaya, pisang dipenyek ke lantai.
Ayahnya masih tenang. Wajahnya langsung tidak gelisah. Kelihatan ayahnya berbisik-bisik pada si anak. Bagaikan magis, si anak kecil terdiam. Lebih ajaib, pisang tadi di makannya (ayahnya telah membuang bahagian yang rosak).
Si anak ketawa. Si ayah tersenyum. Saya kehairanan.
Sampai di Appenweier, kami berpisah. Memilih haluan sendiri. Saya bermati-matian memarahi diri kerana berat mulut bertanyakan rahsia si ayah.
Catatan 20 Ogos 2015.
Tuesday, March 1, 2016
Kerja gila last Easter break (2015) di rumah Makcik Meny, Interlaken, Swiss
Ini roadtrip aku paling mahal yang pernah aku buat, tapi selamat semua cost kami cut untuk dua family. Trip bermuala Copenhagen (fly to) Milan, (drive to) Interlaken, Venice, Pisa, Florence dan akhir sekali Rome sebelum (fly back) to Copenhagen.
Mahal sebab tak pandai budget lagi - dan tak tahu tentang CS dan AirBnB. Sekarang dah tahu trick bolehlah berjimat :)
Apa pun, benda yang menarik, kami dah boleh jawab satu persoalan, macam mana orang kat atas bukit di Swiss hidup, walau pun sekeliling snowcap mountain. Trip jalan ke Swiss memang mahal! Tapi harga untuk pengalaman tak terbayar. Pemandangan cantik amat. Tasiknya cantik sekali.
Hilang stress.
Masa ni lah aku try nak berjoging dengan kain pelikat, yayayayaya.
Dan, uniknya, besoknya bila kami bangun pagi, tempat ni semua penuh ditutupi salji. Tebal sampai tenggelam lutut.
Rumah ni, walau atas gunung, internet dia laju macam pelesit. Tandas dia special, sambil berendam dalam bathtub, buka tingkap boleh nampak pemandangan yang manikam kalbu. Kat sini boleh belajar macam mana negara maju berfungsi. Diorang ada fermenter sendiri untuk ferment rumput dan kumpul gas asli. Gas ini guna sebagai bahan bakar untuk generate heater rumah. Tenusu menjadi makanan utama. Saya sempat melawat kandang lembu, susu susu diperah dari ladang, dan diguna untuk minum dan dijual pada local cheese producer.
Baka lembu pula dijual. Dalam rumah makcik Meny ni, ada banyak pingat dia menang award baka lembu terbaik.
Kira diorang run rumah ni sustainable lah, green technology. Begitulah negara maju, guna ilmu untuk perbaiki taraf hidup, dan masih mengekalkan tradisi. Ini kita boleh belajar.
Saturday, February 27, 2016
Wednesday, February 24, 2016
Cara mudah bagi mendapatkan diskaun untuk yuran AirBnB anda!
How to get discount for your AirBnB fee!
Media sosial amat menakjubkan! Ini konsep bila kerja dalam network, dan komuniti. Saling bantu membantu :) Tapi benda ni hanya boleh dibuat sebelum korang mula mendaftar dengan airbnb.
Langkah-langkah untuk macam mana nak dapat discount:
1. Copy link ini di ruang URL:
2. Kemudian sign up for free (boleh connect guna Facebook).
3. Mulakan mencari rumah.
Selamat beramal :)
Media sosial amat menakjubkan! Ini konsep bila kerja dalam network, dan komuniti. Saling bantu membantu :) Tapi benda ni hanya boleh dibuat sebelum korang mula mendaftar dengan airbnb.
Langkah-langkah untuk macam mana nak dapat discount:
1. Copy link ini di ruang URL:
www.airbnb.co.uk/c/hahmad102?s=8
atau KLIK SINI
2. Kemudian sign up for free (boleh connect guna Facebook).
3. Mulakan mencari rumah.
Selamat beramal :)
ini bukti saya pernah dapat discount ketika ber Airbnb di Aarhus tahun lepas :)
Passive income with WowApps
Hari ini aku diperkenalkan dengan WowApps oleh Kamarul.
Senang cerita aku sukalah konsep dia; 1) sebab aku faham konsep AdSense, 2) apps ni app yang guna konsep biasa kita guna, yakni Whatsapp, Skype dan Telegram.
Jadi apps untuk berhubung ini bukanlah sesuatu yang baru. Kita semua pernah buat :)
Cumanya yang menarik tentang Wowapps, kita boleh berhubung, menyambung silaturahim, bergaduh, memoyo atau apa sahaja aktiviti yang kita biasa buat di Wasap, tetapi dengan WowApps anda boleh generate passive incomes :)
So macam mana caranya?
Mudah. Ada dua cara, 1) invite orang; dan 2) guna apps ni :)
Berhubung dan bersilaturahim itu penting. Tetapi lebih indah kalau berbual dapat menjana pendapatan pasif. Tak percaya? Apps ni simple jer, anda mungkin pernah cuba Skyp, Whataspp , dan Telgram (sengaja eja silap elak kena saman). Cumanya apps ini berdasarkan invite dan networking.
Click link, dan log in. MUDAH https://www.wowapp.com/w/hajarfauzan/Fauzan-Ahmad
apa? income 0? hahahaha...aku pun baru masuk. Ini untung jadi orang yang pioneer :)
ni kawan aku baru sebulan.
Senang cerita aku sukalah konsep dia; 1) sebab aku faham konsep AdSense, 2) apps ni app yang guna konsep biasa kita guna, yakni Whatsapp, Skype dan Telegram.
Jadi apps untuk berhubung ini bukanlah sesuatu yang baru. Kita semua pernah buat :)
Cumanya yang menarik tentang Wowapps, kita boleh berhubung, menyambung silaturahim, bergaduh, memoyo atau apa sahaja aktiviti yang kita biasa buat di Wasap, tetapi dengan WowApps anda boleh generate passive incomes :)
So macam mana caranya?
Mudah. Ada dua cara, 1) invite orang; dan 2) guna apps ni :)
Berhubung dan bersilaturahim itu penting. Tetapi lebih indah kalau berbual dapat menjana pendapatan pasif. Tak percaya? Apps ni simple jer, anda mungkin pernah cuba Skyp, Whataspp , dan Telgram (sengaja eja silap elak kena saman). Cumanya apps ini berdasarkan invite dan networking.
Click link, dan log in. MUDAH https://www.wowapp.com/w/hajarfauzan/Fauzan-Ahmad
ni kawan aku baru sebulan.
itu dalam dollar tau :)
selamat mencuba
Sunday, February 21, 2016
Roermond Brussel Ghent Bruges
I just come back from a much-needed holiday. For the whole months, I have been spending much of my times in the lab 830 to 2000 everyday, since the new year. The reason is here.
I was thinking that Belgium's trip would be (to be continued, sebab ada meeting..
Wednesday, February 17, 2016
Dasar pintu terbuka.
Sebenarnya dah lama aku berkira-kira nak post tentang idea ni. Tapi aku bercadang nak tangguh dulu sebagai *nazar* dapat publish paper. Tapi rasanya dah tak sabar pulak. Hehehehhe, semuanya bagi memenuhi nafsu yang suka berjalan dan mengembara. Lol
Aku sebenarnya agak aktif dengan Couchsurfing (CS). Aku banyak host tetamu dari pelbagai negara, agama dan usia. Tetamu pertama aku dua budak genius Math alumni Imperial dan Cambridge dan seorang lagi pakar kaji cuaca dari Reading. Masa tu kitorang datang Copenhagen tak sampai 3 bulan pun. Duduk pun rumah kecil jer. Tapi nikmat jadi host tak terkira sebab suka bertukar-tukar cerita.
Aku plan dengan isteri nak wall of fame lekat gambar tetamu, tapi aku kan juara tangguh. Pendek kata macam-macam orang lah.
Aku juga buat Airbnb, tapi yang ni aku akan kongsi lain kali. Ini teknik special sikit, sebab ilmu dia lebih kurang kita boleh melancong tanpa keluarkan sesen* pun. Aku letak asterik sebab ada eksplaination dia. Sebenarnya CS gabung dengan Airbnb kau orang boleh travel the world dengan free*. Ini aku akan kongsikan nanti. InsyaAllah.
Cumanya aku nak fokus pada CS kali ini.
Aku plan nak buat dasar pintu terbuka. Sekiranya ada yang berminat nak datang Copenhagen, dan jalan-jalan Denmark, contact la aku. Aku boleh sediakan couch sesuai untuk 2 to 3 orang. 4 orang tu dah cramp la. Percuma, tanpa asterik, untuk 2 to 3 malam. InsyaAllah.
Cumanya, kalau boleh bawalah kicap atau tempoyak :p
Boleh rujuk account CS aku: https://www.couchsurfing.com/people/fauzan.ahmad
Aku sebenarnya agak aktif dengan Couchsurfing (CS). Aku banyak host tetamu dari pelbagai negara, agama dan usia. Tetamu pertama aku dua budak genius Math alumni Imperial dan Cambridge dan seorang lagi pakar kaji cuaca dari Reading. Masa tu kitorang datang Copenhagen tak sampai 3 bulan pun. Duduk pun rumah kecil jer. Tapi nikmat jadi host tak terkira sebab suka bertukar-tukar cerita.
Aku plan dengan isteri nak wall of fame lekat gambar tetamu, tapi aku kan juara tangguh. Pendek kata macam-macam orang lah.
Aku juga buat Airbnb, tapi yang ni aku akan kongsi lain kali. Ini teknik special sikit, sebab ilmu dia lebih kurang kita boleh melancong tanpa keluarkan sesen* pun. Aku letak asterik sebab ada eksplaination dia. Sebenarnya CS gabung dengan Airbnb kau orang boleh travel the world dengan free*. Ini aku akan kongsikan nanti. InsyaAllah.
Cumanya aku nak fokus pada CS kali ini.
Aku plan nak buat dasar pintu terbuka. Sekiranya ada yang berminat nak datang Copenhagen, dan jalan-jalan Denmark, contact la aku. Aku boleh sediakan couch sesuai untuk 2 to 3 orang. 4 orang tu dah cramp la. Percuma, tanpa asterik, untuk 2 to 3 malam. InsyaAllah.
Cumanya, kalau boleh bawalah kicap atau tempoyak :p
Boleh rujuk account CS aku: https://www.couchsurfing.com/people/fauzan.ahmad
Kicap Cap Kipas Udang.
Dalam banyak-banyak benda tentang Malaysia yang aku rasa amat penting adalah objek kicap ni. Semalam kicap ni dah habis. Masa beli dulu pun punyalah payah. Nak kena import dari France baru dapat. Terima kasih Hadi sebab jadi supplier.
Sebab kicap ni dah habis, terpaksa buka kicap botol plastik, jenama yang sama. Rasanya mampulah kot kalau nak bertahan sampai 2 atau 3 bulan lagi. Itu pun dapat stock kicap dari His dari Lund.
Dulu masa di Malaya eksyen jugak, kicap tak makan pun. Sampai sini kicap kipas udang rupanya sedap makan dengan sushi pun sedap. Campur wasabi. Dia punya pergh boleh sampai Odense.
Sebenarnya boleh buka peluang bisness untuk kicap kipas udang ni di bumi Denmark. Sebab paling dekat nak dapat kicap ni kena travel 6 jam ke Stockholm. Huhuhuhu.
Ada sapa berminat nak eksport?
Monday, February 15, 2016
Tuesday, February 9, 2016
Cinnamon roll mudah.
Dulu-dulu masa zaman matrik, ingatkan kueh ni hanya wujud di KLCC. Maklumlah asal dari kampung. Sekali sekala hujung minggu akan ke KLCC untuk makan cinabonbon ni, selepas tawaf Kinokuniya baca buku free. Masa zaman tu, KFC dan McD pun tak kenal lagi. Bila datang sini cinabonbon banyak di kedai-kedai tapi harga mahal macam tiket wayang kat KLCC selepas GST. Jadinya sekarang Dayah buat sendiri :)
Jadi resipinya akan diupdate nanti.
smile emoticon
Saturday, February 6, 2016
Penangan pakcik revolusi
Ingat lagi kisah kami terlewat keretapi dan dihasut pakcik revolusi? Kami berjaya dapat balik duit 50 percent ganti rugi harga tiket.
Denmark 1, Germany 0.
Aiwah :)
An evening with Faizal Tahir at Saint-Étienne, France
Musim sejuk tahun lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk beraktiviti bersama ARIF France di mana kebanyakkan pelajar di seluruh pelosok France akan berkumpul bagi mengisi waktu cuti musim sejuk. Kami sebenarnya dari Copenhagen, tapi bila mengenangkan peluang untuk berjumpa dengan warga Malaysia yang lain, kami turun juga!
Program tersebut diberi nama RDH 2015, singkatan untuk Rendezous d' Hiver (kalau tak silap). Saya puji pengurusan RDH2015 kerana program ini sangat baik, dan diselit dengan tema kemanusiaan. Jadi selain sesi menguatkan ukhuwah, ada juga pengisian dari wakil myCare. Dr Hafidzi juga turut hadir!
Kelakar juga bila mengenangkan saya yang dah tua-tua ini pun turut kena bersajak. Secebis kenangan :p Anak-anak saya paling happy rasanya kerana dapat jumpa dengan ramai kawan kawan baru :)
Apa pun, highlight acara tersebut adalah diserikan dengan Faizal Tahir.
Saya tertarik perkongsian beliau sebelum persembahan apabila beliau berkali kali mengucapkan syukur kerana bapanya merestui perjalanan seni hidupnya. Umum mengetahui perjalanan seninya sedikit berliku pada awalnya, namun bapanya telah menerapkan satu garisan yang jelas tentang perkara batil dan haq. Inilah yang menjadi panduan untuk beliau terus berkarya.
Saya juga perasan banyak karyanya sekarang lebih tertumpu pada isu-isu kemanusiaan. Maka tidak hairanlah beliau sekarang dilantik sebagai duta myCARE.
Ramai yang tidak tahu tentang Faizal, secara peribadi saya melihat beliau sebagai seorang ayah yang baik. Jangan terkejut sekiranya saya beritahu Faizal Tahir ada 6 orang anak, yang masih kecil!
Enjoy the song!
Thursday, February 4, 2016
What a way to start a new year.
I should have posted this earlier, but been busy with tonnes of labworks. The first day of 2016 started with publication meeting, where my boss, highlighted few journals that potential to publish our 'microbiome story'.
It is actually a good new that bring pain in the ass. Finger cross, and I will continue workin'
It is actually a good new that bring pain in the ass. Finger cross, and I will continue workin'
Opportunity in human microbiome research.
The small figures in mycobiome research seems promising. I need to work hard this year, and let the publications rollin'. InsyaAllah.
I hope that 2016 is a good year for mycobiome study :)
You will die the way you lived.
This hadith is kinda simple, but full of message. It reminds me about death.
Are you ready?
Game of thrones.
Every time I came late from work, they will loyally wait and greet me in front of the door - if they were not sleeping! These kids are amazing. I have been putting much of my efforts -lately, devoted half of my life for microbiome study. I know that the fact that I have been squeezed out of my comfy throne. I am now no 2. Sigh.
But I could not complaint.
Thanks Dayah for being a good mom to my lovely kids. You deserve to be no 1, for the kids and me.
But I could not complaint.
Thanks Dayah for being a good mom to my lovely kids. You deserve to be no 1, for the kids and me.
Wednesday, February 3, 2016
Saturday, January 16, 2016
Mystical Copenhagen.
I will leave my home around 815 am every to send my kids to their school's bus. After bidding them good bye, I will cycle across a bridge that connecting Islands Brugge and Fiskertorvet. Then I will pass by Dysbroo train station and hit small road between Kak Shidi and Fullhouse. At the end of the road, I will reach Frederiksberg Alle.
This is my favourite road in Copenhagen. From there, I will cross my favourite garden, the Garden of the Royal Danish Vaterinarian and Agriculture High School.
Thursday, January 14, 2016
Jadilah seperti Rashid
Tetapi siapa Rashid?
Siapa Rashid sebenarnya langsung tak penting, Rashid lahir disebabkan ketandusan common sense pada ummat Facebook.
Simple.
Siapa Rashid sebenarnya langsung tak penting, Rashid lahir disebabkan ketandusan common sense pada ummat Facebook.
Simple.
Tuesday, January 5, 2016
A night visit to Camp Nou, Barcelona!
Terima kasih kepada Nurlin dan Hafiz yang sudi bawa kami jalan-jalan sekitar bandar Barcelona. Mini reunion di Barcelona, dengan pengalaman yang manis. Akan dikongsikan nanti sekiranya tak busy sangat :)
Hakimi Hazizan
Azie
Tay and the kiddos!
Thanks
Monday, January 4, 2016
Kisah pakcik revolusi
Cerita kedua, semalam juga train kami delayed. Aku sangat moved macam mana seorang pakcik ni terus kumpulkan kami yg lmbat dan buat petition untuk dapat bilik atau refund duit dari syarikat keretapi jerman. Incident jadi kat flensburg, stesen sempadan jerman denmark. Tujuan dia fight sebab tak puas hati bayar 80euro tapi delayed perjalanan 2 jam. Nampak tak macam mana orang depa bekerja kalau tak puas hati. Semangat betoi, mungkin pakcik tu tak puas hati pernah rasa bagaimana sweden dan norway hilang dari denmark lepas kalah perang dengan jerman. Apa pun, aku sangat moved dengan cara diorang bangkit lawan ketidakadilan dan kena tipu walau 80euro.
Kalau 2.6 billion tak sikit wouiii!
Bila fikir balik, memang patut. Sebab sistem keretapi jermen mmg terbaik, tepat masa. Kau lambat pasti terlepas. Jadi bila salah train, memang pakcik ni marah betoi. Sebab kedua, kami semua kena tipu dengan konduktor bila dia ckp opis di flensburg buka lagi....tapi tutup.
Bukan menghasut, sekadar berkongsi. Pakcik tu yg rmbut puteh pegang tongkat, gaya rambut pyan habib. Hidayah Arifin
Sunday, January 3, 2016
Aachen
Visited Firdaus and his wife in Aachen, Germany. Firdaus is pursuing his study at RWTH Aachen University. Power yo!
Friday, January 1, 2016
Happy bday sayang!
Subscribe to:
Posts (Atom)