Wednesday, February 17, 2016

Dasar pintu terbuka.

Sebenarnya dah lama aku berkira-kira nak post tentang idea ni. Tapi aku bercadang nak tangguh dulu sebagai *nazar* dapat publish paper. Tapi rasanya dah tak sabar pulak. Hehehehhe, semuanya bagi memenuhi nafsu yang suka berjalan dan mengembara. Lol

Aku sebenarnya agak aktif dengan Couchsurfing (CS). Aku banyak host tetamu dari pelbagai negara, agama dan usia. Tetamu pertama aku dua budak genius Math alumni Imperial dan Cambridge dan seorang lagi pakar kaji cuaca dari Reading. Masa tu kitorang datang Copenhagen tak sampai 3 bulan pun. Duduk pun rumah kecil jer. Tapi nikmat jadi host tak terkira sebab suka bertukar-tukar cerita.

Aku plan dengan isteri nak wall of fame lekat gambar tetamu, tapi aku kan juara tangguh. Pendek kata macam-macam orang lah.

Aku juga buat Airbnb, tapi yang ni aku akan kongsi lain kali. Ini teknik special sikit, sebab ilmu dia lebih kurang kita boleh melancong tanpa keluarkan sesen* pun. Aku letak asterik sebab ada eksplaination dia. Sebenarnya CS gabung dengan Airbnb kau orang boleh travel the world dengan free*. Ini aku akan kongsikan nanti. InsyaAllah.

Cumanya aku nak fokus pada CS kali ini.

Aku plan nak buat dasar pintu terbuka. Sekiranya ada yang berminat nak datang Copenhagen, dan jalan-jalan Denmark, contact la aku. Aku boleh sediakan couch sesuai untuk 2 to 3 orang. 4 orang tu dah cramp la. Percuma, tanpa asterik, untuk 2 to 3 malam. InsyaAllah.

Cumanya, kalau boleh bawalah kicap atau tempoyak :p

Boleh rujuk account CS aku: https://www.couchsurfing.com/people/fauzan.ahmad




4 comments:

  1. Assalamualaikum, so kiranya kalau sy dtg bolehlah sy menumpang sehari dua yerr hehe cool, ada plan ni tp lama lagi.. jgnksn kicap, benda lain yg kastam tk tahan pun boleh sy bawakan... yg buat cs ni pelik pelik request mrk, hari tu budak msia di kansas mintakan minyak cap kapak, ok jerrrr ok apa apa nanti sy contact by the way, saya imran.., curiostraveller.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Waalaikomusalam. Boleh...tak ada halll datang lah. tapi kena infrm dulu :)

    ReplyDelete