Musim sejuk tahun lalu, saya dan keluarga berpeluang untuk beraktiviti bersama ARIF France di mana kebanyakkan pelajar di seluruh pelosok France akan berkumpul bagi mengisi waktu cuti musim sejuk. Kami sebenarnya dari Copenhagen, tapi bila mengenangkan peluang untuk berjumpa dengan warga Malaysia yang lain, kami turun juga!
Program tersebut diberi nama RDH 2015, singkatan untuk Rendezous d' Hiver (kalau tak silap). Saya puji pengurusan RDH2015 kerana program ini sangat baik, dan diselit dengan tema kemanusiaan. Jadi selain sesi menguatkan ukhuwah, ada juga pengisian dari wakil myCare. Dr Hafidzi juga turut hadir!
Kelakar juga bila mengenangkan saya yang dah tua-tua ini pun turut kena bersajak. Secebis kenangan :p Anak-anak saya paling happy rasanya kerana dapat jumpa dengan ramai kawan kawan baru :)
Apa pun, highlight acara tersebut adalah diserikan dengan Faizal Tahir.
Saya tertarik perkongsian beliau sebelum persembahan apabila beliau berkali kali mengucapkan syukur kerana bapanya merestui perjalanan seni hidupnya. Umum mengetahui perjalanan seninya sedikit berliku pada awalnya, namun bapanya telah menerapkan satu garisan yang jelas tentang perkara batil dan haq. Inilah yang menjadi panduan untuk beliau terus berkarya.
Saya juga perasan banyak karyanya sekarang lebih tertumpu pada isu-isu kemanusiaan. Maka tidak hairanlah beliau sekarang dilantik sebagai duta myCARE.
Ramai yang tidak tahu tentang Faizal, secara peribadi saya melihat beliau sebagai seorang ayah yang baik. Jangan terkejut sekiranya saya beritahu Faizal Tahir ada 6 orang anak, yang masih kecil!
Enjoy the song!
No comments:
Post a Comment