Saturday, August 25, 2018

Umat Islam di Denmark guna wakil laksana ibadah korban




KUALA LUMPUR - Sekali lagi takbir raya sayup-sayup berkumandang di Copenhagen dan untuk kali keempat berturut-turut Fauzan Ahmad, antara ratusan rakyat Malaysia di  Denmark, hanya mampu melakukan ibadah korban secara maya (virtual).

Penyelidik dalam bidang gut mikrobiome (mikrob perut) di University Copenhagen berusia 34 tahun ini berkata antara cabaran utama sambutan Aidiladha adalah umat Islam di sini tidak dapat melakukan amalan korban secara 'zahir' seperti di Malaysia.

"Di Denmark, undang-undang di sini tidak membenarkan aktiviti penyembelihan haiwan dan kebanyakan daging yang ada di sini diimport dari negara sekitar. Sebagai alternatif, setiap kali sambutan Aidiladha, kami akan menyertai aktiviti korban yang disediakan oleh mana-mana penganjur ibadah itu, yang membolehkan umat Islam melaksanakannya di mana-mana negara.

"Jika tidak, kami akan berjumpa dengan orang yang menjual daging di sini dan beritahunya nak buat korban atau akikah. Melaluinya, lembu atau kambing itu akan disembelih di negara luar di mana kebanyakannya dilakukan di Lithuania dan diagihkan di tempat-tempat tertentu," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Bercerita mengenai harga daging, lulusan PhD yang berasal dari Yan, Kedah ini menjelaskan harganya agak mahal dengan satu kilogram daging bahagian batang pinang berharga sekitar 90dkk (Danish Krone) atau RM60 dalam mata wang Malaysia.

"Sebagai hidangan untuk memeriahkan hari raya korban, daging itu selalunya kami buat satay secara bergotong-royong dan makan beramai-ramai dengan rakyat Malaysia yang lain."Kami telah merancang untuk mengunjungi rumah rakan senegara di Lund, Sweden yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini dan berkumpul beramai-ramai. Bila berkumpul nanti, kami akan solat berjemaah dan bertakbir di halaman rumahnya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit suasana hari raya itu nanti," katanya.

Antara hikmah tinggal berjauhan dan menyambut hari kebesaran di tempat orang, Fauzan berkata semangat ukhwah antara ummah bertambah erat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
"Kita tahu dan sedar, tinggal di negara asing ini banyak yang perlu dikorbankan. Jadi, ia mengajar kita agar tidak pentingkan diri sendiri kerana kita perlu 'menjaga' sesama kita, tak kira Muslim atau tidak kerana kita datang dari satu negara iaitu Malaysia," katanya. - Bernama

ECRL... pengajaran dari Denmark

Aku tak tahu lah planning ECRL ni macam mana. Tapi aku nak share sikit macam mana orang Denmark dan Europe design stesen kereta api atau bus. Tapi berdasarkan pemerhatian aku ja la. Aku bukan ada degree arkitekture.
Aku tahu kita kaya dengan budaya dan seni. Tapi masa nak design stesen tu tak payah beriya sangat la buat besar-besar, canggih-canggih. Stesen kereta api inspirasi dari bentuk keris taming sari ka, atau belalai gajah ka. Tak payah. Cukup untuk keperluan untuk train berhenti dan naik dan turun penumpang, beli tiket dan ada kiosk kecik-kecik untuk isi perut dan penumpang cari necessity misalnya nak cari jarum peniti sebab tudung isteri tersenget -jarum peniti hilang anak cabut.
Budaya dan adat baik tu tak payah terjemah pada bangunan, tapi pada jati diri. Seperti tak maki hamun di FB misalnya.
Cukup, buat simple-simple jer. Kalau stesen kereta api korang nak letak shopping complex, wayang, dengan residential area lagi. Korang hazab la nak melayan jem. Orang pergi stesen nak hantar atau ambik orang naik train.
Nak pergi wayang pergi tempat lain lah, tak payah nak berebut parking dengan orang lain.
Korang tahu, stesen bas kat Denmark ada bumbung dengan shade sikit ja, tu pun tepi jalan ja. Dia macam satu baris susur gajah tu dalam 100 meter. Bas datang, berhenti, penumpang naik dan turun. Bus jalan. Stesen bus yang pergi luar Denmark, yakni negara-negara lain lagi la. Susur gajah pun tak ada. Bus berhenti tepi jalan ja. Konsep penumpang naik turun macam tu ja. Kuanter nak beli tiket pun tak payah buat. Jimat kos, semua beli online saja.
Denmark bandar dia tak jem yo! Copenhagen jem kalau ada orang tutup jalan nak lari marathon ja. Tu pun jalan alternative dia ada.
Banyak benda boleh jimat kalau minimize pembinaan bangunan nak mega mega ni.
Aku pernah pi UK dua kali ja aku boleh tahu engineer dia graduate mana. Lebuh raya dia berselirat bertingkat-tingkat kat Birm tu sebijik kalau korang lalu Sg Penchala nak pergi IKEA.
Less is more..
Begitulah kawan-kawan...

Berutunglah menjadi golongan yang sedikit.

Ibrah dari golongan minoriti.
Seingat aku, aku tak pernah memuja Siti Nurhaliza, nak undi sebagai bintang popular memang tak lah. Tapi Siti tetap jadi pujaan rakyat Malayasia. Aku tak pernah juga beli produk Alif Syukri atau Vida, tapi diorang tetap kaya!
Mungkin sebab aku minoriti, aku rasa tak penting untuk menyumbangkan apa-apa perubahan. Tapi itulah, pemikiran zaman dulu-dulu, sebelum aku sedar, sebenarnya ada advantage besar kalau jadi golongan minoriti - terutama dalam menguruskan perbezaan pendapat dan conflicts yang datang bersamanya!
Ada contoh klasikal di Malaysia.
Pernah dengar ada kumpulan yang mengaku mempunyai juta-juta ahli, tapi tetap tertiarap? Pernah dengar ada kumpulan tertentu yang ahlinya sikit, malah ada yang dari serpihan, bangun membuat perubahan?
Islam pun asalnya asing, dan sedikit dari jahiliah. Nabi, melalui usaha dakwahnya membina pemuda-pemuda dengan kaedah thulbah (credit daurah Pakcik Mohd Husni Abd Shukor dan Dr Hadzri MH, A Famosa circa 2007(?)). Begitulah kualiti jihad pemuda-pemuda yang jelas fikrahnya, sehingga berkembang luas nikmat Islam yang kita rasai sehingga kini. Jadi, jangan risau kalau anda rasa anda sedikit. Teruskanlah memperbaiki diri dengan ilmu dan kemahiran.
Untuk 4 tahun ke belakang ini, sebahagian dari usia pertengahan tua aku dedikasi untuk melihat peranan golongan kulat yang sedikit ini pada badan. Bagai mana ia berhubungan dengan golongan yang majoriti dari sudut interaksi dan fungsi pada badan secara biologi dan matematk. Berbalik kepada fungal. Bilangannya hanyalah kurang dari 1%, berkongsi komposisi dengan virome, protist dan benda-benda lain seperti metabolome etc etc. Apa yang paling banyak? Ya, bakteria terkandung 99% populasi perut anda!
Namun, keupayaan kulat ini janganlah diperlekehkan...kerana fungsinya pada badan semakin menyerlah - samaada baik atau buruk. Tidak kurang juga virome, sekali anda demam tu maksudnya terdapat gangguan dari sudut komposisi virome misalnya.
Berutunglah menjadi golongan yang sedikit.
Tetapi, kalau tiba-tiba menjadi majoriti, janganlah lupa perangkap dari ujian-ujian yang mendatang.
Mood menulis rumusan buku thesis,
fauzan
Copenhagen, 2018

Saturday, July 28, 2018

Siapa Lim Guan Eng yang sebenar?



Jika anda berpeluang duduk di sebelah menteri dalam penerbangan berbaki kurang satu jam setengah, apa yang anda akan lakukan?
Ini berlaku semalam, duduk bertemu siku kiriku semalam adalah Lim Guan Eng (LGE), Menteri Kewangan Malaysia untuk kerajaan Malaysia Baru kita - yang secara terang mahu lebih dikenali sebagai menteri yang tidak popular. Kebetulan isteriku Hidayah Arifin menempah tiket premium, jadi aku berpeluang boarding lebih awal di Zon 1.
Usai memasuki perut pesawat, tidak susah untuk aku mencari kerusi 1C, tetapi amat susah buatku untuk melihat LGE duduk di kerusi 1B. Dalam perasaan yang separa euphoria – yang ditahan-tahan – aku mencari selesa di atas kerusiku. Aku hulurkan salam, dan disambut mesra olehnya. Seterusnya, penumpang lain mulai masuk. Mereka mula bersalam dengan bekas Ketua Menteri ini – tetapi tidak cium tangan tau. Ada yang meminta untuk berswafoto – juga dilayankan juga LGE. Dan jika anda menyangka lelaki sado berbaju hitam yang muncul dalam selfie anda ini adalah body guard LGE, anda salah. Mohon crop ya wajah saya dari gambar simpanan anda 
Selesai penumpang lain mendapatkan tempat masing-masing, aku minta pramugara merakamkan gambar kami. Minit-minit seterusnya terisi dengan perbualan ringan yang dimulakan olehnya, “Awak mahu pergi mana?” sehinggalah kepada perkara-perkara berat berkaitan isu semasa negara. Sesekali LGE menyelit lawak dalam perbualan, dia ketawa sambil menghayun lembut sikunya ke rusuk kiri aku. Kami ketawa mesra bersama.
Aku lebih gemar berbual dalam bahasa Inggeris, disebabkan kesan English education yang diterapkan oleh arwah abah. Menariknya, apabila aku bertanya di dalam bahasa Inggeris, akan dibalas LGE dalam bahasa Malaysia. Begitulah, akhirnya aku akur bersembang dalam bahasa Malaysia loghat Utagha.
Saat rancak berbual, pramugara menghulurkan makanan kepada kami. Sebotol air diberikan kepada LGE. Aku pula diberikan satu pek makanan. Isteriku yang order – sebab last meal ketika penerbangan Etihad adalah pada pukul 10 malam, dan aku bakal terlepas sahur di udara. Lagi pun, saat bermusafir dia menyangka aku tidak berpuasa.
Bau harum nasi lemak Airasia memenuhi kabin. Aku yang masih berpuasa – terasa tap tap menitis air liur. Maklumlah, nasi lemak hidangan kebanggaan Malaysia kot!
“Awak puasa? Saya minum dulu ya, minta maaf” tanya LGE sambil meminta izin.
LGE terus minum air mineral tadi.
“Iya…saya pun akan balik ke Butterworth untuk majlis berbuka puasa di masjid nanti. Tapi kamu musafir kan? Kenapa tak berbuka?” sambung LGE.
“Yes, still…I am” jawab aku goyang.
Aku tengok jam di telefon bimbit. Kemudian aku sambung cakap.
“…and please don’t feel sorry for me. I was fasting - longer in the north” jawab aku yakin untuk tidak berbuka.
“Oh…betullah…Copenhagen puasa lebih lama kan? Tak apalah, kamu puasa mesti dapat pahala banyakkan? Baguslah..baguslah agama kamu. Tapi, macam mana orang di atas sana (merujuk Norway, Greenland) berpuasa. Matahari langsung tidak hilang” sambung LGE sambil menyiku lagi rusuk kiriku.
“In Islam, ….bla bla bla…” terangku.
Minit seterusnya, aku menerangkan tentang kelonggaran (rukhsah) berpuasa di negara Utara seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Hasrizal dan Dr Yasser Audah. LGE mendengar dengan penuh minat.
“Saya boleh faham tu. Saya ramai juga kawan dengan orang-orang Islam” jawab LGE.
“Saya kenal Pakcik Hj Rashid Hasnon. Saya ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia(IKRAM)” jawab aku yakin.
“Oh Rashid, is a good one. He was with us in Penang and tahun ni dia bertanding di Batu Pahat dan menang!” jawab LGE.
Kami berbual macam-macam.
Dari soal peribadi berapa orang anak (dan kerjaya mereka) sehinggalah skandal terbaru pendedahan Dr Maszlee Malik berkaitan projek gajah putih solar di Sarawak. Dari kisah gut microbiota perut sehinggalah kepada di mana mahu cari durian Duri Hitam di Penang. Dari langkah Tun M yang bersikap apolegetik sehinggalah masaalah hutang Malaysia. Dari bab puasa, sehinggalah berkaitan siapa bakal pemegang portfolio kementerian-kementerian yang lain i.e Alam Sekitar, Sains dan Teknologi dan Hal ehwal Agama. Dari konsep negara berkebajikan acuan Denmark sehinggalah kisah tentang NGO Islamis di Malaysia seperti IKRAM dan ABIM.
Jika anda berpeluang duduk di sebelah menteri NON MUSLIM dalam penerbangan berbaki kurang satu jam setengah, apa yang anda akan lakukan?
Saya memilih untuk memakai topi seorang Muslim yang baik dengan meletakkan sentimen jauh-jauh dari diri. Jika kita ada sekelumit iman di hati, janganlah kita angkuh dengan nikmat iman tersebut. Lihatlah “saudara” bukan Islam kita dengan teropong untuk mencari ruang dakwah. Ceritakan kebaikkan agama kita. Banyak kot benda yang indah-indah tentang agama kita yang boleh dikongsikan.
Sedar atau tidak sedar. 100 tahun dari sekarang, Malaysia akan tetap menjadi sebuah negara yang berbilang bangsa, dan diwarnai pelbagai agama dan budaya – jika masih belum kiamat. Lainlah kalau kita mahu memilih untuk memakai topi Israel, lancarkan gerakan menghapuskan etnik tertentu, atau halau mereka pulang ke negara asal. Anda mahu menjadi seperti Israel kedua?
Apa pilihan yang anda ada?
Maka berdakwah lah. Tampilkan nilai baik tentang agama kita.
Jika sebelum ini saya gembira untuk pulang dari Copenhagen untuk melihat Malaysia Baru. Pengalaman bersama Menteri Kewangan Malaysia yang baru ini adalah satu permulaan yang baik - saya kira.
Jom, saya mahukan Malaysia Baru yang benar-benar segar dengan nilai kebaikan.

Wednesday, May 23, 2018

Mahu pulang ke Malaysia sebagai apa?

Malaysia sudah ada kerajaan yang baru. Percikan kemenangan PH yang menjatuhkan rejim BN membuatkan hati aku sedikit girang untuk melihat tanah air yang lama aku tinggalkan.

Dan aku di hujung hujung pengajian, dan sedang berkira kira untuk pulang ke Malaysia. Kalau ikut milestones, selayaknya tulisan ini adalah cric45 - bermaksud capybara rocks in copenhagen pada bulan yang ke 45.

Urusan pengajian, aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Usaha telah aku curahkan, panggilan dan aturan untuk pulang sudah aku layankan, selebihnya biar Allah yang cantikkan. Alhamdulillah..

Aku bukanlah manusia sempurna. Ada serba serbi pada diri ini yang perlu diperbaiki.

Satu perkara yang aku tidak henti bersyukur adalah nikmat disentuh panggilan tarbiyah. Tidak disangka, sepanjang terasing di bumi Viking ini, aku berpeluang berkenalan dengan manusia manusia hebat yang mahukan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Walau pun usahanya kecil, sebenarnya amat memberi impak yang sangat besar pada diri ini.

Ia suatu proses untuk memperbaiki diri dari sudut cara kerja - selain pemurnian fikrah.
Contohnya ketika mengurus wakil MyCARE untuk berlayar ke Gaza, aku berkesempatan untuk "bekerja" dengan Dr Munawar Hatta. Tugasnya sebenarnya amat mudah, dan arahannya melalui hujung telefon. Aku di Copenhagen, dan dia di hujung telefon di UK. Dalam kekalutan sebelum bot berlepas, aku diminta untuk menyusun ubatan di dalam beg kecemasan. Satu satu ubat aku label dan susun ikut keperluan dan fungsi mengikut poket poket pada beg tersebut.

Apa yang aku belajar? Ia bermula dari membeli ubat, sehinggalah menyusun ubat. Namun, penekanan fokus kepada into details itu yang aku suka. Semuanya demi satu sistem yang tersusun - memudahkan sesiapa yang tiada asas ubatan untuk turut dapat menggunakan ketika saat memerlukan.

Dari sudut perancangan tidak usahlah dicakap. Melalui beberapa siri perbincangan, perbincangan dan perbincangan. Dan pemikiran buah fikiran. Demi memastikan kelancaran event ini. Tidak perlu lahs aya kongsikan semuanya secara terperinci. Cukuplah saya katakan ia adalah peluang untuk belajar dari orang yang telah lama tsabat di jalan ini.

Qudwah.

Jika saya pulang nanti, saya mahu bawa pulang budaya kerja - secara jama'ie ini.

InsyaAllah.
Saya mahu bersahur.

Sunday, March 11, 2018

RULES FOR SONS:


1. Never shake a man’s hand sitting down.
2. Don’t enter a pool by the stairs.
3. The man at the BBQ Grill is the closest thing to a king.
4. In a negotiation, never make the first offer.
5. Request the late check-out.
6. When entrusted with a secret, keep it.
7. Hold your heroes to a higher standard.
8. Return a borrowed car with a full tank of gas.
9. Play with passion or not at all…
10. When shaking hands, grip firmly and look them in the eye.
11. Don’t let a wishbone grow where a backbone should be.
12. If you need music on the beach, you’re missing the point.
13. Carry two handkerchiefs. The one in your back pocket is for you. The one in your breast pocket is for her.
14. You marry the girl, you marry her family.
15. Be like a duck. Remain calm on the surface and paddle like crazy underneath.
16. Experience the serenity of traveling alone.
17. Never be afraid to ask out the best looking girl in the room.
18. Never turn down a breath mint.
19. A sport coat is worth 1000 words.
20. Try writing your own eulogy. Never stop revising.
21. Thank a veteran. Then make it up to him.
22. Eat lunch with the new kid.
23. After writing an angry email, read it carefully. Then delete it.
24. Ask your mom to play. She won’t let you win.
25. Manners maketh the man.
26. Give credit. Take the blame.
27. Stand up to Bullies. Protect those bullied.
28. Write down your dreams.
29. Always protect your siblings (and teammates).
30. Be confident and humble at the same time.
31. Call and visit your parents often. They miss you.
32. The healthiest relationships are those where you’re a team; where you respect, protect, and stand up for each other.