Ibrah dari golongan minoriti.
Seingat aku, aku tak pernah memuja Siti Nurhaliza, nak undi sebagai bintang popular memang tak lah. Tapi Siti tetap jadi pujaan rakyat Malayasia. Aku tak pernah juga beli produk Alif Syukri atau Vida, tapi diorang tetap kaya!
Mungkin sebab aku minoriti, aku rasa tak penting untuk menyumbangkan apa-apa perubahan. Tapi itulah, pemikiran zaman dulu-dulu, sebelum aku sedar, sebenarnya ada advantage besar kalau jadi golongan minoriti - terutama dalam menguruskan perbezaan pendapat dan conflicts yang datang bersamanya!
Ada contoh klasikal di Malaysia.
Pernah dengar ada kumpulan yang mengaku mempunyai juta-juta ahli, tapi tetap tertiarap? Pernah dengar ada kumpulan tertentu yang ahlinya sikit, malah ada yang dari serpihan, bangun membuat perubahan?
Pernah dengar ada kumpulan yang mengaku mempunyai juta-juta ahli, tapi tetap tertiarap? Pernah dengar ada kumpulan tertentu yang ahlinya sikit, malah ada yang dari serpihan, bangun membuat perubahan?
Islam pun asalnya asing, dan sedikit dari jahiliah. Nabi, melalui usaha dakwahnya membina pemuda-pemuda dengan kaedah thulbah (credit daurah Pakcik Mohd Husni Abd Shukor dan Dr Hadzri MH, A Famosa circa 2007(?)). Begitulah kualiti jihad pemuda-pemuda yang jelas fikrahnya, sehingga berkembang luas nikmat Islam yang kita rasai sehingga kini. Jadi, jangan risau kalau anda rasa anda sedikit. Teruskanlah memperbaiki diri dengan ilmu dan kemahiran.
Untuk 4 tahun ke belakang ini, sebahagian dari usia pertengahan tua aku dedikasi untuk melihat peranan golongan kulat yang sedikit ini pada badan. Bagai mana ia berhubungan dengan golongan yang majoriti dari sudut interaksi dan fungsi pada badan secara biologi dan matematk. Berbalik kepada fungal. Bilangannya hanyalah kurang dari 1%, berkongsi komposisi dengan virome, protist dan benda-benda lain seperti metabolome etc etc. Apa yang paling banyak? Ya, bakteria terkandung 99% populasi perut anda!
Namun, keupayaan kulat ini janganlah diperlekehkan...kerana fungsinya pada badan semakin menyerlah - samaada baik atau buruk. Tidak kurang juga virome, sekali anda demam tu maksudnya terdapat gangguan dari sudut komposisi virome misalnya.

Berutunglah menjadi golongan yang sedikit.
Tetapi, kalau tiba-tiba menjadi majoriti, janganlah lupa perangkap dari ujian-ujian yang mendatang.
Tetapi, kalau tiba-tiba menjadi majoriti, janganlah lupa perangkap dari ujian-ujian yang mendatang.
Mood menulis rumusan buku thesis,
fauzan
Copenhagen, 2018
fauzan
Copenhagen, 2018
No comments:
Post a Comment