Malaysia sudah ada kerajaan yang baru. Percikan kemenangan PH yang menjatuhkan rejim BN membuatkan hati aku sedikit girang untuk melihat tanah air yang lama aku tinggalkan.
Dan aku di hujung hujung pengajian, dan sedang berkira kira untuk pulang ke Malaysia. Kalau ikut milestones, selayaknya tulisan ini adalah cric45 - bermaksud capybara rocks in copenhagen pada bulan yang ke 45.
Urusan pengajian, aku serahkan sepenuhnya pada Allah. Usaha telah aku curahkan, panggilan dan aturan untuk pulang sudah aku layankan, selebihnya biar Allah yang cantikkan. Alhamdulillah..
Aku bukanlah manusia sempurna. Ada serba serbi pada diri ini yang perlu diperbaiki.
Satu perkara yang aku tidak henti bersyukur adalah nikmat disentuh panggilan tarbiyah. Tidak disangka, sepanjang terasing di bumi Viking ini, aku berpeluang berkenalan dengan manusia manusia hebat yang mahukan tertegaknya Islam di muka bumi ini. Walau pun usahanya kecil, sebenarnya amat memberi impak yang sangat besar pada diri ini.
Ia suatu proses untuk memperbaiki diri dari sudut cara kerja - selain pemurnian fikrah.
Contohnya ketika mengurus wakil MyCARE untuk berlayar ke Gaza, aku berkesempatan untuk "bekerja" dengan Dr Munawar Hatta. Tugasnya sebenarnya amat mudah, dan arahannya melalui hujung telefon. Aku di Copenhagen, dan dia di hujung telefon di UK. Dalam kekalutan sebelum bot berlepas, aku diminta untuk menyusun ubatan di dalam beg kecemasan. Satu satu ubat aku label dan susun ikut keperluan dan fungsi mengikut poket poket pada beg tersebut.
Apa yang aku belajar? Ia bermula dari membeli ubat, sehinggalah menyusun ubat. Namun, penekanan fokus kepada into details itu yang aku suka. Semuanya demi satu sistem yang tersusun - memudahkan sesiapa yang tiada asas ubatan untuk turut dapat menggunakan ketika saat memerlukan.
Dari sudut perancangan tidak usahlah dicakap. Melalui beberapa siri perbincangan, perbincangan dan perbincangan. Dan pemikiran buah fikiran. Demi memastikan kelancaran event ini. Tidak perlu lahs aya kongsikan semuanya secara terperinci. Cukuplah saya katakan ia adalah peluang untuk belajar dari orang yang telah lama tsabat di jalan ini.
Qudwah.
Jika saya pulang nanti, saya mahu bawa pulang budaya kerja - secara jama'ie ini.
InsyaAllah.
Saya mahu bersahur.
No comments:
Post a Comment