Sunday, May 31, 2015

Al Munthalaq, titik tolak.

Aku rasa, buku ini sangat power. Kuasa tarikan dari penulis yang gemar bersyair ini amat kuat. Bagaikan pukulan ombak yang menghempas pantai. Sekali hempas, basah. Akhirnya tembok tebal dan binaan ilusi tentang boringnya buku islami dapat dikikis ombak tadi.

Terima kasih Abg Naz kerana kenalkan buku ini.

Menjana pendapatan pasif melalui blog

Ini masih terlalu baru untuk diraikan, tetapi percayalah kerana ia benar.

Walaupun blogging bukanlah perkara yang trending pada masa kini, aku rasa ia masih relaven untuk menyampaikan perdapatan yang lebih panjang dari tampalan di Facebook. Aku telah mula berjinak-jinak meneroka perkara ini sejak bulan lalu, dan akhirnya permohonan untuk menyiarkan iklan dari AdSense diluluskan dalam tempoh yang tidak sampai seminggu!

Hari ini, telah membuahkan hasil.

Rezeki.

Walaupun sedikit, ini adalah permulaan.
Terima kasih.


Keuntungan menjadi freelance writer.

Post kali ini adalah topik kesinambungan dari topik yang lalu. Tapi kali ini aku nak kongsikan dari sudut kelebihan.

Apa yang aku pasti tentang seni bahasa adalah, kalau tak guna, akan mati. Kalau kerap membaca dan menulis, akan terus kaya vocabulary dan pengunaanya. Aku percaya atas apa yang aku percaya. Jadi keputusan aku untuk menulis secara freelance amat bersesuaian bagi menampung kekurangan kemahiran berbahasa aku yang kian menjunam - sama ada Bahasa Malaysia atau English.

Selain itu, aku kira bidang ini sebagai pintu ilmu. Aku ingat lagi ketika menulis tentang bual bicara dengan Rohaniah Noor, seorang tokoh hartanah wanita, yang juga turut menulis di PropertyWaltz, untuk majalah Prospek Hartanah Malaysia, kepala aku berasap-asap kerana menerima ilmuberkaitan pelaburan hartanah yang baru dari hasil kerja-kerja tersebut. Aku ingat lagi ketika menulis untuk sebuah zine punk di Kota Bharu dulu. Itu juga pengalaman menarik dalam hidup aku.

Apa pun, perkara yang paling manis menjadi freelancer ini adalah, dapat menjana pendapatan pasif setiap bulan. Lebih kaya RM800 ke RM1000 sudah cukup berbaloi untuk berbelanja bukan?

Bakat kurniaan Tuhan, kalau digunakan dijalan yang betul, akan menguntungkan kita juga akhirnya. Percayalah.

A day trip to a beautiful island of Møn.


Wednesday, May 27, 2015

Dia Isteri Luar Biasa

Terima kasih kerana korbankan kerjaya dan cita-cita, demi memberikan laluan untuk saya.
Hargailah setiap detik berharga sebagai suri hatiku, dan juga anak-anak. Saya tahu awak kekok pada mulanya, sekarang awak survived :)

Sayang kamu 200%


Monday, May 25, 2015

Bedah buku al Munthalaq - Bab 4: Kewajipan Berdakwah ke Jalan Allah

Sinopsis: Topik ini merungkai peranan melakukan dakwah ini jatuh kepada tangan siapa? Siapa yang layak untuk memikul tanggungjawab ini.

Selamat membaca.

Bedah buku al Munthalaq - Bab 3 : Orang Baik Yang di Binasakan.

Sinopsis: Azab Tuhan tidak mengenal bangsa, kaum atau tempat. Azab diturunkan sebagai balasan kepada manusia yang ingkar kepada suruhan. Perkara ini banyak dinaratifkan di dalam al Quran. Jadi, perkara ini melahirkan satu kesedarn buat manusia untuk memegang peranan untuk menegakkan kalimat Tuhan.

 

Cara buat duit lebih.

Sekarang, kalau tak jimat dan merancang kewangan dengan betul, aku rasa boleh bagi kesan jangka panjang, dan juga pendek pada kehidupan. Ada passive incomes mungkin insyaAllah boleh banyak membantu. Aku ada terfikir, dan juga buat juga beberapa perkara; dan aku nak kongsi.

1. Kalau kau pandai menulis, dan berbakat, kau boleh jadi penulis. Kalau tulis juga, tapi tak kelakar macam Amran Fans, atau tak reti tulis benda genius macam MatLuthfi90, kau cuba cari job dari majalah-majalah baru nak up. Majalah macam ni selalu nak pakai penulis-penulis instant yang bakat suam-suam kuku. 5 sen untuk satu patah perkataan lumayan kau tahu. Kerja yang kau yang paling cikai boleh dapat adalah transcribe audio temuramah. Lepas tu kau tulis artikel. Selalu paling busuk kau transcribe akan ada 2000 patah perkataan. Kau cuba contact kawan aku kat Majalah Prospek Hartanah, kata aku yang bagi line.

2. Kalau kau jenis pemalas, jenis nak tengok TV 24 jam, kau try ambik job jadi penterjemah sarikata. Kau akan diberi video dan kena translate ke Bahasa Melayu. Kebolehan berbahasa asing adalah satu advantage. Tapi paling untung kau lah satu satunya orang dalam Malaya yang dapat tengok cerita tu dulu sebelum keluar on air. Orang baca hasil kerja kau pulak tu. Kau boleh hubungi Dermaga Seni (M) Sdn. Bhd.

3. Agen insurance. No komen, tapi kau memang boleh buat duit dengan jadi agent. Sama ada kau rajin atau malas ja.

4. Kalau kau jenis ada payslip yang mantap, maksudnya bank jenis boleh percaya, aku cadang kau main hartanah. Kau beli rumah murah, dan kau sewa. Kalau nak cerdik sikit trick ni, kau kena lah spend masa sikit membaca, dan juga join roadshow. Memang bermanfaat. Rumah murah bawah 100k susah dah nak dapat, tapi dalam lingkungan 120k banyak lagi. Kau dapat sewa untung RM50 pun dah ok, sebab kau tak payah bayar apa-apa pun, penyewa yang tolong bayarkan.

5. Kalau kau jenis rajin berjalan, kau boleh kutip tin. Kalau kat Denmark ni, kutip tin boleh jana pendapatan lumayan. Satu tin boleh dapat 1krr. Kalau kau kumpul 100 tin, kau boleh dah lepas groceries untuk dua minggu. Tin kat Malaysia murah lagi lah kot.

6. Business online. Kau dapat resepi nenek kau yang super power, kau tayang kat media sosial. Lepas tu kau ambik tempahan. 

7. Kau belajar buat coding atau kau ada kemahiran yang power dalam data analyses, lepas tu kau boleh ambik upah student junior buat assignment. Benda ni macam tak ok sebenarnya, tapi kau kena ajar lah student tu. Tapi seriously benda ni boleh buat duit, sebab dulu kawan bilik aku budak Iraq dia buat macam ni. Perghh..masyuk.

8. Kalau kau jenis rajin dengan media sosial, kau cubalah masuk pertandingan online. Banyak sebenarnya pertandingan nak minta kau hantar gambar selfie dengan kambing, misalnya.

9. Sebenarnya banyak ja benda kau boleh buat. Macam budak Sweden tu review gaming, dan ada mamat kat US yang generate income dari Vine tu. Power tak power. Kau tengoklah budak macam Cameron Dallas ni; misalnya.

10. Apa pun, kena rajin dan kreatif aja. Kalau genius, jangan salah guna kegeniusan sudah.


Monday, May 11, 2015

Avengers: Age of Ultron.

Movie ni lebih overrated dari Fauzan Overrated. Aku bayar tiket 180krr menitis air mata sambil makan popcorn super size. Popcorn kat sini dah ler versi jaga kesihatan, tawar. Tak manis, tak masin. Tawar. Setawar hati Hulk kau tahu tak.

Ok, itulah review filem saya.


Friday, May 8, 2015

Bottle-less

Today marked the sevent-th day, where we successfully weaned the kids off from their bottles.

Seven days ago, I told them that we misplaced the bottles, somewhere, and I know, that was a technical lie. We had restless nights at the beginning - considering a simple karma for committing the lie.

Alhamdulillah...things are getting better now. No more screaming in the middle of our night. Alhamdulillah.

I just wanna go back home, and throw the bottles, - for REAL!

:)

evil laugh

Opss...I did it again.

The very moment I write here, I just figure out that Terminal can run Python commands; only by typing Python and enter it.

Walla~~

I started with Qiime, where I feel the need to learn Unix script, and it moved to Resfams, where I found the way to Python. Inevitably.

Thanks Molly for the bootcamp course on programming.
http://www.mollykgibson.com/bioinformatics/resources.html





Wednesday, May 6, 2015

A promise.

I have been meaning to learn computer language - since I was 10 years old.

My dad bought a computer set from a bankrupt company - as a junk, and all I can remember about it was WordStar. My dad used to spend some of his time in front of the computer to update our family journal. He wrote about me, my siblings and mother or something related to what we had for lunch and diner.

I also remember that I need to key in few code - where I believe it known as script in our modern day - in order to play some un-fancy game, which I have forgotten its name. I was always fascinated on how I can simply change the background color of the interface by changing the code numbers.

It was a secondhand computer, and did not last for many years. After 2 years, everything when wrong, and we discard the set.

After many years, when I was 15, my friend introduced a new version of computer that promote easiness for me as end user, Window. I was kind of happy, as every keyboard command can be skipped by a single click.

When I was 17, I have been introduced with internet. Since then, saya bagaikan telah terlupa tentang asas komputer.

Sekarang, masa buat PhD, semua benda nak kena "kena tulis" sendiri. Baru padan muka nak kena belajar balik satu-satu.

So here is my promise. I will devote myself to learn Unix language for the sake of my PhD, and will learn Python afterward - probably after I finished my study.

Promise?

Yerp :)


Why I (a biologist) want to program computers?