Saturday, August 25, 2018

Umat Islam di Denmark guna wakil laksana ibadah korban




KUALA LUMPUR - Sekali lagi takbir raya sayup-sayup berkumandang di Copenhagen dan untuk kali keempat berturut-turut Fauzan Ahmad, antara ratusan rakyat Malaysia di  Denmark, hanya mampu melakukan ibadah korban secara maya (virtual).

Penyelidik dalam bidang gut mikrobiome (mikrob perut) di University Copenhagen berusia 34 tahun ini berkata antara cabaran utama sambutan Aidiladha adalah umat Islam di sini tidak dapat melakukan amalan korban secara 'zahir' seperti di Malaysia.

"Di Denmark, undang-undang di sini tidak membenarkan aktiviti penyembelihan haiwan dan kebanyakan daging yang ada di sini diimport dari negara sekitar. Sebagai alternatif, setiap kali sambutan Aidiladha, kami akan menyertai aktiviti korban yang disediakan oleh mana-mana penganjur ibadah itu, yang membolehkan umat Islam melaksanakannya di mana-mana negara.

"Jika tidak, kami akan berjumpa dengan orang yang menjual daging di sini dan beritahunya nak buat korban atau akikah. Melaluinya, lembu atau kambing itu akan disembelih di negara luar di mana kebanyakannya dilakukan di Lithuania dan diagihkan di tempat-tempat tertentu," katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Bercerita mengenai harga daging, lulusan PhD yang berasal dari Yan, Kedah ini menjelaskan harganya agak mahal dengan satu kilogram daging bahagian batang pinang berharga sekitar 90dkk (Danish Krone) atau RM60 dalam mata wang Malaysia.

"Sebagai hidangan untuk memeriahkan hari raya korban, daging itu selalunya kami buat satay secara bergotong-royong dan makan beramai-ramai dengan rakyat Malaysia yang lain."Kami telah merancang untuk mengunjungi rumah rakan senegara di Lund, Sweden yang terletak kira-kira 70 kilometer dari sini dan berkumpul beramai-ramai. Bila berkumpul nanti, kami akan solat berjemaah dan bertakbir di halaman rumahnya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit suasana hari raya itu nanti," katanya.

Antara hikmah tinggal berjauhan dan menyambut hari kebesaran di tempat orang, Fauzan berkata semangat ukhwah antara ummah bertambah erat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.
"Kita tahu dan sedar, tinggal di negara asing ini banyak yang perlu dikorbankan. Jadi, ia mengajar kita agar tidak pentingkan diri sendiri kerana kita perlu 'menjaga' sesama kita, tak kira Muslim atau tidak kerana kita datang dari satu negara iaitu Malaysia," katanya. - Bernama

ECRL... pengajaran dari Denmark

Aku tak tahu lah planning ECRL ni macam mana. Tapi aku nak share sikit macam mana orang Denmark dan Europe design stesen kereta api atau bus. Tapi berdasarkan pemerhatian aku ja la. Aku bukan ada degree arkitekture.
Aku tahu kita kaya dengan budaya dan seni. Tapi masa nak design stesen tu tak payah beriya sangat la buat besar-besar, canggih-canggih. Stesen kereta api inspirasi dari bentuk keris taming sari ka, atau belalai gajah ka. Tak payah. Cukup untuk keperluan untuk train berhenti dan naik dan turun penumpang, beli tiket dan ada kiosk kecik-kecik untuk isi perut dan penumpang cari necessity misalnya nak cari jarum peniti sebab tudung isteri tersenget -jarum peniti hilang anak cabut.
Budaya dan adat baik tu tak payah terjemah pada bangunan, tapi pada jati diri. Seperti tak maki hamun di FB misalnya.
Cukup, buat simple-simple jer. Kalau stesen kereta api korang nak letak shopping complex, wayang, dengan residential area lagi. Korang hazab la nak melayan jem. Orang pergi stesen nak hantar atau ambik orang naik train.
Nak pergi wayang pergi tempat lain lah, tak payah nak berebut parking dengan orang lain.
Korang tahu, stesen bas kat Denmark ada bumbung dengan shade sikit ja, tu pun tepi jalan ja. Dia macam satu baris susur gajah tu dalam 100 meter. Bas datang, berhenti, penumpang naik dan turun. Bus jalan. Stesen bus yang pergi luar Denmark, yakni negara-negara lain lagi la. Susur gajah pun tak ada. Bus berhenti tepi jalan ja. Konsep penumpang naik turun macam tu ja. Kuanter nak beli tiket pun tak payah buat. Jimat kos, semua beli online saja.
Denmark bandar dia tak jem yo! Copenhagen jem kalau ada orang tutup jalan nak lari marathon ja. Tu pun jalan alternative dia ada.
Banyak benda boleh jimat kalau minimize pembinaan bangunan nak mega mega ni.
Aku pernah pi UK dua kali ja aku boleh tahu engineer dia graduate mana. Lebuh raya dia berselirat bertingkat-tingkat kat Birm tu sebijik kalau korang lalu Sg Penchala nak pergi IKEA.
Less is more..
Begitulah kawan-kawan...

Berutunglah menjadi golongan yang sedikit.

Ibrah dari golongan minoriti.
Seingat aku, aku tak pernah memuja Siti Nurhaliza, nak undi sebagai bintang popular memang tak lah. Tapi Siti tetap jadi pujaan rakyat Malayasia. Aku tak pernah juga beli produk Alif Syukri atau Vida, tapi diorang tetap kaya!
Mungkin sebab aku minoriti, aku rasa tak penting untuk menyumbangkan apa-apa perubahan. Tapi itulah, pemikiran zaman dulu-dulu, sebelum aku sedar, sebenarnya ada advantage besar kalau jadi golongan minoriti - terutama dalam menguruskan perbezaan pendapat dan conflicts yang datang bersamanya!
Ada contoh klasikal di Malaysia.
Pernah dengar ada kumpulan yang mengaku mempunyai juta-juta ahli, tapi tetap tertiarap? Pernah dengar ada kumpulan tertentu yang ahlinya sikit, malah ada yang dari serpihan, bangun membuat perubahan?
Islam pun asalnya asing, dan sedikit dari jahiliah. Nabi, melalui usaha dakwahnya membina pemuda-pemuda dengan kaedah thulbah (credit daurah Pakcik Mohd Husni Abd Shukor dan Dr Hadzri MH, A Famosa circa 2007(?)). Begitulah kualiti jihad pemuda-pemuda yang jelas fikrahnya, sehingga berkembang luas nikmat Islam yang kita rasai sehingga kini. Jadi, jangan risau kalau anda rasa anda sedikit. Teruskanlah memperbaiki diri dengan ilmu dan kemahiran.
Untuk 4 tahun ke belakang ini, sebahagian dari usia pertengahan tua aku dedikasi untuk melihat peranan golongan kulat yang sedikit ini pada badan. Bagai mana ia berhubungan dengan golongan yang majoriti dari sudut interaksi dan fungsi pada badan secara biologi dan matematk. Berbalik kepada fungal. Bilangannya hanyalah kurang dari 1%, berkongsi komposisi dengan virome, protist dan benda-benda lain seperti metabolome etc etc. Apa yang paling banyak? Ya, bakteria terkandung 99% populasi perut anda!
Namun, keupayaan kulat ini janganlah diperlekehkan...kerana fungsinya pada badan semakin menyerlah - samaada baik atau buruk. Tidak kurang juga virome, sekali anda demam tu maksudnya terdapat gangguan dari sudut komposisi virome misalnya.
Berutunglah menjadi golongan yang sedikit.
Tetapi, kalau tiba-tiba menjadi majoriti, janganlah lupa perangkap dari ujian-ujian yang mendatang.
Mood menulis rumusan buku thesis,
fauzan
Copenhagen, 2018